Saturday, September 19, 2009

Keluhan YB PAS bukan KRONI menjelang SYAWAL!!

Paku Dulang PAku Serpih....



apa yg saya nak kongsi di sini adalah rintihan rakyat susah yg selalu mengharapkan belas ehsan wakil rakyat yg di pilih mereka sebelum hari raya ini...



perasaan mereka dapat saya gambarkan kerana saya juga org susah tetapi sedikit bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan tetap dan masih menerima bonus raya walaupun bukan jumlah yg banyak seperti bonus tahunan..saya juga merasai apabila tak dapat membelikan anak2 baju yg mereka suka tetapi membeli pakaian yg saya mampu..kita sebagai ibu bapa hanya gembira apabila anak2 gembira..tetapi tetap sedih kerana anak2 belum mampu memahami apa yg sedang berlaku..



kisah seperti tajuk di atas bukan sahaja berlaku di KELANTAN..tetapi kebanyakkan rakyat di negeri2 lain tidak banyak yg terlalu bergantung harap kepada wakil rakyat mereka..apa yg berlaku di kelantan,memang sangat2 sedih lagi2 aidilfitri bakal menjelang tiba..



sebenarnye rintihan rakyat yg susah itu hanya memohon bantuan dari kerajaan PAS negeri yg mereka sangka wakil rakyat sebagai perantara memberi wang saguhati untuk rakyat susah untuk berhari raya..seperti kerajaan BN terengganu..saya lihat ramai berkumpul untuk menerima wang saguhati hari raya di dewan2 org ramai dan mungkin juga inilah yg di gambarkan rakyat KELANTAN untuk kerajaan PAS mereka..tetapi...tetapi.....dan tetapi..



wakil rakyat yg tidak menjadi kroni pejabat menteri besar,bukan golongan anwaribrahim,bukan waki rakyat kontraktor balak...hanya sekadar membisu.apa jawapan akan di berikan kepada rakyat di kawasan mereka??saya bukan kontraktor balak??atau peruntukan raya tak ada?atau saya bukan kroni pejabat menteri besar??...tetapi kawasan yg wakil rakyat yg PANDAI mencari lubang adalah mewah..mereka juga pandai membodek untuk rakyat kawasan mereka....exco2 kerajaan PAS kelantan juga memperolehi peruntukan raya untuk rakyat susah,malangnya peruntukan tu sume tak sampai pada rakyat....rakyat tahu ke sume ni??macam mana nak tahu,hari2 bace HARAMKAH!!!..mana ade cerita duit peruntukan untuk rakyat!!hari2 di brainwash penyokong2 PAS kerajaan BN zalim kerana merompak royalti minyak kelantan.duit hasil negeri di bahagi samarata pada kroni..bijak..bijak..dalam haramkah tu hanya cerita andaian,fitnah,adu domba,gosip,melaga-lagakan orang islam,mendewakan DAP,mendewakan ANWARIBRAHIM..kerana kepala HARAMKAH adalah husam musa yg telah berjaya mengkayakan kroni2 dia..dahulu banyak isu2 kerajaan BN di ulas ulama PAS..sekarang??mana pergi ustaz ismail kamus??ustaz taib azamuddin??ustaz haron din??..hampir tiada ulasan mereka berkenaan isu yg membabitkan orang islam di MALAYsia..



sumber dari blog mohd sayuti omar menceritakan segala2nya rintihan wakil rakyat yg bukan KRONI HUSAM...http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/memulang-maklumat.html



minta maaf tidak dapat mengulas apa2 sebelum ini kerana ramai yg telah memberi maklumat untuk tatapan pembaca blog sekalian..saya juga menjadi pembaca blog2 yg lain..hanya sekadar memberi komen di ruangan komen mereka..

akhir kata..selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin kepada semua pembaca..tersalah kata terlanjur perkataan harap di maafkan..hidup di dunia hanya sementara,kejarlah keredhaan Allah tanpa membuang mase leka merasai nikmat duniawi yg di pinjamkan sementara..tunaikan tanggungjawab yg telah di berikan...

wallahualam..

Wednesday, September 2, 2009

Apa Kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) - HUKUMAN SEBAT KARTIKA


KENYATAAN MEDIA – ISU HUKUMAN ROTAN TERHADAP WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH

Mengulas kenyataan dan komen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kenyataan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’lo’ Datuk Mohd Ghazali, tentang hukuman yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan meminum arak yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Rabu 22 Julai 2009, PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

1. PGSM kesal dengan kenyataan-kenyataan 2 tokoh tersebut yang cuba mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah. Secara tidak langsung kenyataan tersebut seolah-olah mencabar dan mempertikaikan keputusan Mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

2. PGSM menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim bicara, Datuk Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan peruntukan dan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Menurut peruntukan Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, Mahkamah berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan.

3. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

4. Kami tidak menafikan bahawa di Mahkamah Sivil tidak terdapat hukuman sebat untuk pesalah wanita, lelaki berumut 50 tahun (kecuali atas kesalahan rogol), atau pesakit mental, tetapi perlu ditegaskan bahawa dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan. Walaupun niat baik kedua-dua tokoh ini adalah untuk memperjuangkan nasib wanita, tetapi mereka perlulah faham akan kaedah dan cara pelaksanaan hukuman sebat menurut Islam.

5. PGSM menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu. Antara lain seksyen ini menyebut :-

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

iii. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

6. PGSM mengucapkan syabas kepada Hakim bicara yang dapat melaksanakan peruntukan undang-undang sedia ada dengan baik. Semoga perlaksanaan undang-undang ini akan menjadi pengajaran kepada semua masyakarat terutama orang Islam. Pahang adalah antara Negeri yang amat serius dalam melaksanakan hukuman mengikut Syariah seperti yang sedia termaktub dalam perundangan Islam. Sekian untuk siaran. Semoga segala kenyataan PGSM ini dapat disiarkan sepenuhnya, terutama di perenggan Lima (5) tersebut di atas, iaitu berkaitan penerangan tentang kaedah pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah.

Terima kasih.

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”

Yang benar,

Musa___ ………………………….

(MUSA AWANG, P.P.N) Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Tuesday, September 1, 2009

SABOTAJ PARTI DIHALALKAN OLEH UMNO?



Ternyata ramai pemimpin UMNO kini takut kepada bayang-bayang sendiri.

Walaupun ada anggota dan pemimpin parti yang jelas nampak mensabotaj parti, pucuk pimpinan di Pusat membiarkan sahaja mereka bebas dengan kerenah.

Apakah UMNO akan kekal kuat atau menuju kehancuran dengan wujudnya ahli dan pemimpin UMNO seperti ini?

Apakah perbuatan mensabotaj parti itu bebas dilakukan kerana ia dihalalkan berikutan mendapat perlindungan segelintir pemimpin tinggi UMNO yang langsung tidak bimbang parti itu akan ranap?

Atau apakah ketika dan saat ini, perbuatan mensabotaj pemimpin tertentu UMNO sebagai “matlamat menghalalkan cara” pada keadaan tertentu atau terpilih?

Sedangkan dengan mempunyai ahli dan pemimpin seperti itu, UMNO akan ranap juga secara perlahan dan apabila ‘sekam yang membakar mula mengeluarkan api” dan sukar untuk dibendung lagi.

Malah, api inilah yang akan membakar dan merentungkan UMNO.

Inilah yang terjadi di Terengganu ketika ini.

Walaupun terang-terangan ada pemimpin UMNO yang mensabotaj parti, pemimpin UMNO pusat seolah-olah tidak boleh berbuat apa-apa.

Dengan kata lain, cara mendisiplin ahli UMNO sudah tidak wujud lagi dan jika sudah mahu berlaku, biarkan ia berlaku. Yang penting pemimpin tertinggi UMNO kekal di tampuk kedudukan mereka.

Yang di cawangan, bahagian atau negeri, pandai-pandailah mereka menyelesaikan sendiri.
Lantas banyak pihak tertanya-tanya apakah krisis atau sengketa yang berlaku dalam UMNO Terengganu sekarang dirancang atau direstui sesetengah pemimpin UMNO Pusat.

Kata mereka, kalau betul UMNO Pusat mahu menyelesaikan krisis, tindakan yang menjurus kepada mendisiplinkan ahli parti perlu dilaksanakan. Namun usaha kini jelas bagaikan ‘biarlah UMNO Terengganu ranap sendiri’.

Selepas Datuk Ahmad Said diserang dan dikecam hebat, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dianggap mampu sebagai penyelamat UMNO Terengganu?

Namun itu kata UMNO Pusat. Bagi mereka yang marahkan Ahmad Said, Hishamuddin bukan orangnya. Dia ‘tidak reti’ politik Terengganu. Terengganu bukan Johor, kata bekas Exco dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Menurut Rosol melalui blognya, dengan tajuk “Lain padang…lain belalang” , beliau mempertikaikan kefahaman dan keupayaan Hishamuddin mengenai politik Terengganu.

“Saya tidak tahu sejauhmana kefahaman Pengerusi Perhubungan tentang senario politik Terengganu. Kalu nak disamakan dengan politik Johor, saya rasa satu kesilapan. Saya bercakap dengan orang kuat UMNO Johor bahawa orang Melayu Johor amat taksub kepada UMNO. Dan ini berbeza dengan Terengganu...” kata Rosol.

Lantas beliau menamatkan tulisannya dengan mengatakan: “Lain hulu lain parang...lain padang lain belalang...Fikir-fikirkanlah...”

Apakah makna tersirat di sini? Bukankah Rosol mentafsir Hishamuddin sebagai orang yang menyamakan UMNO Terengganu dengan UMNO Johor?

Rosol yang sering menjadi jurucakap Kumpulan 10 yang menentang kepimpinan Ahmad Said jelas mempersoal dan merasakan Hishamuddin ‘belum masak’ dengan suasana di Terengganu.

Malah Kumpulan 10 sebenarnya mempertikaikan usaha Hishamuddin memperbetulkan perjalanan UMNO selepas Majlis Tertinggi UMNO menurunkan pangkat Ahmad Said hanya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO.

Bukan itu sahaja, Hishamuddin turut dipersoal tindakannya menukarkan ketiga-tiga penjawat penting Perhubungan UMNO termasuk Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan tetapi tidak melantik orang daripada Kumpulan 10 berkenaan.

Suara protes dan tidak puas hati terus kedengaran. Mereka sebenarnya mahukan Ahmad Said bukan sahaja dikeluarkan daripada pentadbiran parti tetapi juga pentadbiran kerajaan negeri – melucutkan jawatan Menteri Besar.

Oleh kerana Najib dan Hishamuddin jelas tidak melakukan perkara sedemikian, rasa tidak puas hati mereka terus membara.

Tidak tahulah sama ada Rosol betul atau sebaliknya apabila berpendapat Hishamuddin tidak ‘mengenali UMNO Terengganu’.

Ini kerana ketika Hishamuddin mengatakan krisis UMNO Terengganu sudah ‘beres’, Presiden UMNO sendiri - Datuk Seri Mohd Najib Razak - pula menganggap masih wujud pergolakan di negeri berkenaan dan perlu diperbetulkan.

Pada Jumaat 28 Ogos 2009, Najib berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.

"Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini.

Juga mengejutkan ialah apabila seorang ADUN UMNO Terengganu kelmarin mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain daripada UMNO berhubung cadangan untuk lompat parti.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Memang niat tanpa perbuatan tidak boleh dijadikan sebagai suatu keputusan atau pendirian.

Namun persoalannya kenapa ada niat atau cadangan mahu melompat parti? Apakah jalan lain sudah buntu?

Atau apakah Kumpulan 10 ini sudah tidak yakin dengan UMNO Pusat mampu menangani krisis ini?

Atau mereka sengaja mempersoalkan arahan Presiden parti yang memberikan mandat kepada Naib Presiden mengatasi kemelut ini.

Juga apakah Najib ‘terikat tangannya’ untuk melakukan sesuatu bagi ‘menjernihkan suasana’ di Terengganu?

Dalam konteks UMNO Terengganu, rasanya Najib faham di mana dan bagaimana dia boleh bertindak dan apa pula tembok yang menghalangnya.

Bagi saya, Hishamuddin pun faham kenapa ‘tangannya terikat’ dan cara terbaik baginya ialah mengikut arahan Presiden parti dan UMNO Pusat.

Masalahnya, kumpulan yang tidak berpuashati itu berusaha melakukan apa sahaja cara, biarpun nampak jelas mereka terpaksa ‘mensabotaj UMNO’. Persoalannya:

1. Bukankah memulaukan sidang DUN pada 14 April lalu bersifat mensabotaj parti?

2. Bukankah menyerang dari belakang terhadap Menteri Besar yang dipersetujui Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO mensabotaj parti?

3. Bukankah membisu seribu bahasa pada sidang DUN April serta Selasa dan Rabu minggu lalu dengan tidak mengemukakan pertanyaan lisan dan menyertai perbahasan kerana ‘protes senyap’ juga mempunyai unsure sabotaj terhadap UMNO dan Barisan Nasional? dan

4. Bukankah menentang keputusan istana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar adalah sabotaj dan engkar kepada keputusan Sultan?

5. Ini belum lagi beberapa perkara berkaitan sms ugut bunuh dan memulaukan pertemuan dengan Ahmad Said pada majlis-majlis tertentu.

Cuma agak menghairankan ialah bagaimana pemimpin pusat UMNO dan Putrajaya boleh membiarkan mereka yang menentang kepimpinan kerajaan negeri UMNO dan BN yang diperkenankan oleh istana Terengganu itu terus-terusan melakukan sabotaj sedemikian?

Apakah UMNO Pusat dan Putrajaya bimbang jika tindakan diambil ke atas sekurang-kurangnya 10 ADUN, UMNO Terengganu akan bergoncang secara terang?

Mungkinkah UMNO Pusat dan Putrajaya tidak sanggup berdepan dengan kemungkinan perletakan jawatan beramai-ramai atau tindakan lompat parti dilakukan oleh ADUN yang dikenakan tindakan?

Mahu tidak mahu UMNO Pusat dan Putrjaya mengharapkan biarpun ada ‘api dalam sekam”, ia mudah untuk dipadamkan daripada berlakunya ‘pemberontakan secara terbuka’ akibat tindakan disiplin yang dikenakan ke atas ADUN yang membantah, boleh menyebabkan ‘api besar’ yang mungkin mencetuskan pelbagai risiko berat.

Dalam konteks pergolakan ini, suatu keputusan membabitkan cara-cara mendisiplin ahli dan pemimpin perlu dilakukan.

Presiden UMNO, Timbalan dan semua pihak di UMNO Pusat perlu tegas dan tidak membiarkan kemelut berpanjangan.

Jadilah doktor - buang sahaja barah dan penyebab penyakit - selagi barah dalam UMNO Terengganu terus wujud, ia akan terus menganggu-gugat kelicinan pentadbiran parti dan kerajaan Terengganu.

Yang perlu diberikan amaran diberikan amaran dan yang perlu dikenakan tindakan disiplin, lakukan sahaja. Ini kerana UMNO tidak boleh kekal dan bertahan dengan ahli dan pemimpin yang sabotaj parti.

Sebarang keputusan dan tindakan dibuat, ia bukan untuk UMNO semata-mata. Ia juga akan menjaga dan menghormati istana yang pada dasarnya mempunyai kuasa dalam banyak perkara membabitkan perlantikan Menteri Besar yang sah.

Bagaimanapun, dalam melakukannya yang penting – bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berserakan.


SUMber Rakyat Malaysia(hambali abd latiff)