Monday, February 1, 2010

RAKYAT SELANGOR.dan BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM.BACA NI!!!!

aku pernah menjanjikan akan satu cerita, kisah ini melibatkan pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh almarhum sultan selangor, sultan salahudin abdul aziz shah al-haj.

aku mengambil masa untuk mencari kisah misteri ini, disembunyikan dari pengetahuan bangsa melayu. ini silap kita bangsa melayu, tidak berani untuk menyatakan perihal sejarah sebenar.

semalam aku menonton astro berita bernama. bernama adalah saluran rasmi kerajaan, kerajaan pimpinan umno dan barisan nasional.

sinopsis berita bernama menjengkelkan aku. membuatkan aku marah. kata bernama, 1 februari adalah hari wilayah. disambut setiap tahun penduduk wilayah kerana meraikan bandar kuala lumpur sebagai ibu kota negara.

selama 3 minit sinopsis itu ia berlegar kepada kuala lumpur ibukota kosmopolitan negara.aku tanya pada diri aku, kenapa singkapan sejarah longlai dari bernama saluran rasmi berita kerajaan boleh dikeluarkan ? mana detailnya ? apa detailnya ? kenapa kuala lumpur dicampakkan keluar dari bumi selangor dek kerana mainan politik tidak diceritakan ?ini silap kita.silap bangsa melayu dan silap pemimpin melayu. takut untuk berbicara mengenai kisah yang hak, yang benar,yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat. kerana sikap sikap sebeginilah kita berjaya melahirkan umat buta sejarah !

1969 adalah pilihanraya paling panas dalam sejarah. 5 minggu kempen pilihanraya ini digunakan sepenuhnya oleh DAP,gerakan,pas,ppp (walaupun berlaianan idelogi) untuk menghentam dasar hak bangsa melayu.

artikel 153 ditaji bertubi kali. hak istimewa bangsa melayu,kuota,bahasa dll sudah dijamin dalam perjanjian kemerdekaan, perjanjian perlembagaan. namun ia diserang oleh bangsat-bangsat pembangkang atas nama malaysian malaysia.

kuala lumpur semasa dan hingga 1973 adalah merupakan daerah dalam negeri selangor.

beberapa kerusi parlimen di kuala lumpur tumbang. dun selangor telah seri 14-14. mca yang mempunyai 3 seat dun telah menarik diri keluar gabungan. hasil dan insiden seterusnya sudah kamu ketahui, 13 may.pasca 13 may mengundang bencana.


dato haron selaku menteri besar selangor dalam benak fikirannya berkata 'aku harus selamatkan bangsa melayu'. banyak kawasan baru diwujudkan. ampang,segambut,pandan,cheras,petaling jaya,subang,gombak,pudu,kepong disumbatkan dengan penempatan bangsa melayu.

bangsa melayu dari negeri lain diberi kebebasan membeli hartanah di kawasan tersebut. rumah setinggan diberi TOL.

namun penguasaan dan kemaraan pembangkang di kerusi parlimen kawasan kuala lumpur bisa menjahanamkan kerusi DUN selangor dalam tempoh mendatang.

exco selangor ,suhaimi kamarudin bersama 2 pemikir umno iaitu wan mohd muhyidin wan nawang dan raja mohd mohd affandi raja halim telah mengadakan pertemuan. pertemuan ini halanya mahu menyelamatkan kerajaan sultan selangor.


rangka ide pertemuan bersejarah ini adalah getir. negeri selangor harus diselamatkan daripada perluasan pengaruh pembangkang.suhaimi kamarudin,wan mohd muhyidin dan raja mohd afandi mencapai kata putus. keputusan ini cukup berat namun ia harus segera dilakukan. KUALA LUMPUR HARUS BERPISAH DARI BUMI SELANGOR !

mengikut maklumat , dato haron bersetuju dengan ide memilukan ini. lalu disampaikan kepada tun razak..tun razak terdiam seketika. ini melibatkan kedaulatan raja melayu, sultan salahudin abdul aziz shah. ini maruah baginda. tun razak perlahan berkata, bawalah perkara duka ini kepada kebawah baginda sultan. kuala lumpur daerah jajahan banginda.

pertemuan pertama dato haron dan baginda sultan membawa pilu. sultan bertitah. ' kuala lumpur adalah hak nenek moyang beta,tanahnya sangat berharga kerana itulah beta keberatan'. titah baginda sultan.


hati mana yang tidak pilu, jiwa mana yang tidak tenteram jika tanah jajahan baginda 'dirampas' dek kerana mainan politik pembangkang. ini hakikat. perkara 153 perlembagaan yang sedia maklum menjadi hak bangsa , dipermainkan dipersendakan dipersialkan.namun dato haron punyai pandangan cukup jauh.lebih baik hilang kuala lumpur daripada 'kita' hilang bumi selangor..sultan selangor termenung.diwaktu pertemuan terakhir perbincangan itu, baginda tuanku termenung. merenung akan nasib bangsanya.lalu baginda tuanku bertitah 'kalau untuk menyelamatkan bangsa melayu,datok buatlah apa yang patut'..air mata baginda tuanku bergenang..menitik satu per satu ke atas bahu baginda tuanku. saat itu cukup menyayat hati.dato haron yang keras itu pun hancur luluh hatinya melihatkan air mata tuanku.


1 februari 1973, kuala lumpur dipisahkan kedaulatannya dari bumi pemerintahan sultan selangor. bukan kerana dia ibu kota,tidak. tetapi kerana dia menjadi mangsa politik sialan pembangkang yang menang pilihanraya mei 1969 kerana bermain,mengugat,menghina artikel 153 !


anak bangsa .berhentilah daripada menjadi pengkhianat politik yang buta sejarah ! kita pernah hilang pusaka bangsa kerana mainan sialan politik yang sebegini.hari ini mereka masih hidup, kit siang menjadi ahli parlimen pada tahun 1969. ketuanan rakyat,pas for all dan middle malaysian adalah kesinambungan dajal-dajal kecil menghancurkan kuasa sultan,kuasa bangsa melayu !


hati aku panas sekarang..sekadar menulis blog tidak memberi apa-apa impak pada perjuangan aku. aku akan bertanding parliemen pada pru ke 13. aku akan usulkan mengembalikan/menguatkan semula kuasa raja-raja melayu. aku akan langgar mana-mana artikel yang tak menguntungkan islam dan bangsa melayu.ini janji aku ! aku nak tanya kau, adalagi cita-cita nak sambut hari wilayah ? tak payah !


*nota*-suhaimi kamarudin tewas 10 undi pada pemilihan ketua pemuda umno 1982 ditangan pengkhianat anwar ibrahim.-suhaimi kamarudin adalah anak saudara datok haron-gap memohon maaf kepada pihak istana selangor jika ada ayat yang menyinggung perasaan pihak istana selangor. gap mohon ampun dan maaf jika bahasa ini kasar bunyinya. gap terpaksa menceritakan perkara yang HAK ini sebagai peringatan kepada bangsa melayu.-gap mohon izin untuk menyiarkan gambar-gambar almarhum baginda sultan salahudin abdul aziz shah al haj sebagai peringatan kepada umat bangsa akan pengorbanan cukup besar yang almarhum baginda tuanku sultan telah lakukan.ampun tuanku.

*di petik dari blog GAPhttp://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/02/pengorbanan-besar-almarhum-sultan.html

Thursday, December 10, 2009

HATI-HATI DENGAN PEMAKANAN KITA!!...

lari skit dari cerita POLITIK.sampai2kan pada yg lain2.Jangan ambil remeh sumber makanan kita.sume menjadi darah daging kita dan keturunan kita..bagaimana rupa generasi kita nanti atas kecuaian kita sendiri..


Saya Harap Anda Jangan Terlepas Pandang

Ingat mengingati sesame islam..tolong forwardkan…
Makan dulu sebelum baca, takut2 hilang selera…



















AWAS !!! Ada di jual di 7-11











Jangan Minum AIR KICKAPOO


Pengumuman penting untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK , nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:

Tolong sebarkan dan jgn sekali-kali membelinya..

http://www.kickapoo joy..com/ history.html






http://www.monarch- beverage. com/home. htm



Jolly Shandy : Arak Alaf Baru yang mengelirukan! !








PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE .

Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.

Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.


Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing







KUALA LUMPUR – Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.
Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.
Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .
PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.
PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.
Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman..
Sokonglah produk keluaran Islam.


AYAM TESCO Tak Halal

PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN 20 FEBRUARI 2008






Produk paling LARIS tetapi TIDAK HALAL



1.Shampoo dan facial DOVE
2.Pringles potato chips
3...Lychee NARCISSUS






KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR
.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.





* Di atas adalah barang2 keluaran Narcissus



"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
· Canned Meat
· Canned Seafood
· Canned Fruits
· Canned Vegetables
· Seasonings










RENNET [ KHINZIR ]





KERATAN-KERATAN AKHBAR YANG MELAPORKAN.. . YANG PASTI MELOYAKAN TEKAK ANDA












"...adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yang kini sudah berusia 40 tahun,...kalau dihitung
...mungkin dah termakan seekor babi secara syubhah...!! !"


"...SEDARILAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI, SELAMA INI DAN SAMPAI SEKARANG INI...APA YANG TELAH MASUK KE MULUT KITA, ANAK-ANAK KITA....ADALAH MAKANAN & MINUMAN HAMPIR SEMUANYA ADALAH SYUBHAH..."

...masih lagi dok fikir ??? sampai bila nak fikir ???

"...marilah bersama-sama kami,..kita sama-sama berjamaah mencari, mempromosi & mengguna produk-produk yang 100% HALAL keluaran syarikat 100% Bumiputra Muslim.....demi masa depan anak bangsa kita...
MELAYU & ISLAM...INSYAALLAH"


Saturday, September 19, 2009

Keluhan YB PAS bukan KRONI menjelang SYAWAL!!

Paku Dulang PAku Serpih....



apa yg saya nak kongsi di sini adalah rintihan rakyat susah yg selalu mengharapkan belas ehsan wakil rakyat yg di pilih mereka sebelum hari raya ini...



perasaan mereka dapat saya gambarkan kerana saya juga org susah tetapi sedikit bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan tetap dan masih menerima bonus raya walaupun bukan jumlah yg banyak seperti bonus tahunan..saya juga merasai apabila tak dapat membelikan anak2 baju yg mereka suka tetapi membeli pakaian yg saya mampu..kita sebagai ibu bapa hanya gembira apabila anak2 gembira..tetapi tetap sedih kerana anak2 belum mampu memahami apa yg sedang berlaku..



kisah seperti tajuk di atas bukan sahaja berlaku di KELANTAN..tetapi kebanyakkan rakyat di negeri2 lain tidak banyak yg terlalu bergantung harap kepada wakil rakyat mereka..apa yg berlaku di kelantan,memang sangat2 sedih lagi2 aidilfitri bakal menjelang tiba..



sebenarnye rintihan rakyat yg susah itu hanya memohon bantuan dari kerajaan PAS negeri yg mereka sangka wakil rakyat sebagai perantara memberi wang saguhati untuk rakyat susah untuk berhari raya..seperti kerajaan BN terengganu..saya lihat ramai berkumpul untuk menerima wang saguhati hari raya di dewan2 org ramai dan mungkin juga inilah yg di gambarkan rakyat KELANTAN untuk kerajaan PAS mereka..tetapi...tetapi.....dan tetapi..



wakil rakyat yg tidak menjadi kroni pejabat menteri besar,bukan golongan anwaribrahim,bukan waki rakyat kontraktor balak...hanya sekadar membisu.apa jawapan akan di berikan kepada rakyat di kawasan mereka??saya bukan kontraktor balak??atau peruntukan raya tak ada?atau saya bukan kroni pejabat menteri besar??...tetapi kawasan yg wakil rakyat yg PANDAI mencari lubang adalah mewah..mereka juga pandai membodek untuk rakyat kawasan mereka....exco2 kerajaan PAS kelantan juga memperolehi peruntukan raya untuk rakyat susah,malangnya peruntukan tu sume tak sampai pada rakyat....rakyat tahu ke sume ni??macam mana nak tahu,hari2 bace HARAMKAH!!!..mana ade cerita duit peruntukan untuk rakyat!!hari2 di brainwash penyokong2 PAS kerajaan BN zalim kerana merompak royalti minyak kelantan.duit hasil negeri di bahagi samarata pada kroni..bijak..bijak..dalam haramkah tu hanya cerita andaian,fitnah,adu domba,gosip,melaga-lagakan orang islam,mendewakan DAP,mendewakan ANWARIBRAHIM..kerana kepala HARAMKAH adalah husam musa yg telah berjaya mengkayakan kroni2 dia..dahulu banyak isu2 kerajaan BN di ulas ulama PAS..sekarang??mana pergi ustaz ismail kamus??ustaz taib azamuddin??ustaz haron din??..hampir tiada ulasan mereka berkenaan isu yg membabitkan orang islam di MALAYsia..



sumber dari blog mohd sayuti omar menceritakan segala2nya rintihan wakil rakyat yg bukan KRONI HUSAM...http://msomelayu.blogspot.com/2009/09/memulang-maklumat.html



minta maaf tidak dapat mengulas apa2 sebelum ini kerana ramai yg telah memberi maklumat untuk tatapan pembaca blog sekalian..saya juga menjadi pembaca blog2 yg lain..hanya sekadar memberi komen di ruangan komen mereka..

akhir kata..selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin kepada semua pembaca..tersalah kata terlanjur perkataan harap di maafkan..hidup di dunia hanya sementara,kejarlah keredhaan Allah tanpa membuang mase leka merasai nikmat duniawi yg di pinjamkan sementara..tunaikan tanggungjawab yg telah di berikan...

wallahualam..

Wednesday, September 2, 2009

Apa Kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) - HUKUMAN SEBAT KARTIKA


KENYATAAN MEDIA – ISU HUKUMAN ROTAN TERHADAP WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH

Mengulas kenyataan dan komen Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kenyataan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’lo’ Datuk Mohd Ghazali, tentang hukuman yang dikenakan ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan meminum arak yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Rabu 22 Julai 2009, PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-

1. PGSM kesal dengan kenyataan-kenyataan 2 tokoh tersebut yang cuba mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah. Secara tidak langsung kenyataan tersebut seolah-olah mencabar dan mempertikaikan keputusan Mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

2. PGSM menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim bicara, Datuk Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan peruntukan dan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Menurut peruntukan Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, Mahkamah berbidangkuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi 5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan.

3. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

4. Kami tidak menafikan bahawa di Mahkamah Sivil tidak terdapat hukuman sebat untuk pesalah wanita, lelaki berumut 50 tahun (kecuali atas kesalahan rogol), atau pesakit mental, tetapi perlu ditegaskan bahawa dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan. Walaupun niat baik kedua-dua tokoh ini adalah untuk memperjuangkan nasib wanita, tetapi mereka perlulah faham akan kaedah dan cara pelaksanaan hukuman sebat menurut Islam.

5. PGSM menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu. Antara lain seksyen ini menyebut :-

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

iii. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

6. PGSM mengucapkan syabas kepada Hakim bicara yang dapat melaksanakan peruntukan undang-undang sedia ada dengan baik. Semoga perlaksanaan undang-undang ini akan menjadi pengajaran kepada semua masyakarat terutama orang Islam. Pahang adalah antara Negeri yang amat serius dalam melaksanakan hukuman mengikut Syariah seperti yang sedia termaktub dalam perundangan Islam. Sekian untuk siaran. Semoga segala kenyataan PGSM ini dapat disiarkan sepenuhnya, terutama di perenggan Lima (5) tersebut di atas, iaitu berkaitan penerangan tentang kaedah pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah.

Terima kasih.

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”

Yang benar,

Musa___ ………………………….

(MUSA AWANG, P.P.N) Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Tuesday, September 1, 2009

SABOTAJ PARTI DIHALALKAN OLEH UMNO?



Ternyata ramai pemimpin UMNO kini takut kepada bayang-bayang sendiri.

Walaupun ada anggota dan pemimpin parti yang jelas nampak mensabotaj parti, pucuk pimpinan di Pusat membiarkan sahaja mereka bebas dengan kerenah.

Apakah UMNO akan kekal kuat atau menuju kehancuran dengan wujudnya ahli dan pemimpin UMNO seperti ini?

Apakah perbuatan mensabotaj parti itu bebas dilakukan kerana ia dihalalkan berikutan mendapat perlindungan segelintir pemimpin tinggi UMNO yang langsung tidak bimbang parti itu akan ranap?

Atau apakah ketika dan saat ini, perbuatan mensabotaj pemimpin tertentu UMNO sebagai “matlamat menghalalkan cara” pada keadaan tertentu atau terpilih?

Sedangkan dengan mempunyai ahli dan pemimpin seperti itu, UMNO akan ranap juga secara perlahan dan apabila ‘sekam yang membakar mula mengeluarkan api” dan sukar untuk dibendung lagi.

Malah, api inilah yang akan membakar dan merentungkan UMNO.

Inilah yang terjadi di Terengganu ketika ini.

Walaupun terang-terangan ada pemimpin UMNO yang mensabotaj parti, pemimpin UMNO pusat seolah-olah tidak boleh berbuat apa-apa.

Dengan kata lain, cara mendisiplin ahli UMNO sudah tidak wujud lagi dan jika sudah mahu berlaku, biarkan ia berlaku. Yang penting pemimpin tertinggi UMNO kekal di tampuk kedudukan mereka.

Yang di cawangan, bahagian atau negeri, pandai-pandailah mereka menyelesaikan sendiri.
Lantas banyak pihak tertanya-tanya apakah krisis atau sengketa yang berlaku dalam UMNO Terengganu sekarang dirancang atau direstui sesetengah pemimpin UMNO Pusat.

Kata mereka, kalau betul UMNO Pusat mahu menyelesaikan krisis, tindakan yang menjurus kepada mendisiplinkan ahli parti perlu dilaksanakan. Namun usaha kini jelas bagaikan ‘biarlah UMNO Terengganu ranap sendiri’.

Selepas Datuk Ahmad Said diserang dan dikecam hebat, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dianggap mampu sebagai penyelamat UMNO Terengganu?

Namun itu kata UMNO Pusat. Bagi mereka yang marahkan Ahmad Said, Hishamuddin bukan orangnya. Dia ‘tidak reti’ politik Terengganu. Terengganu bukan Johor, kata bekas Exco dan ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid.

Menurut Rosol melalui blognya, dengan tajuk “Lain padang…lain belalang” , beliau mempertikaikan kefahaman dan keupayaan Hishamuddin mengenai politik Terengganu.

“Saya tidak tahu sejauhmana kefahaman Pengerusi Perhubungan tentang senario politik Terengganu. Kalu nak disamakan dengan politik Johor, saya rasa satu kesilapan. Saya bercakap dengan orang kuat UMNO Johor bahawa orang Melayu Johor amat taksub kepada UMNO. Dan ini berbeza dengan Terengganu...” kata Rosol.

Lantas beliau menamatkan tulisannya dengan mengatakan: “Lain hulu lain parang...lain padang lain belalang...Fikir-fikirkanlah...”

Apakah makna tersirat di sini? Bukankah Rosol mentafsir Hishamuddin sebagai orang yang menyamakan UMNO Terengganu dengan UMNO Johor?

Rosol yang sering menjadi jurucakap Kumpulan 10 yang menentang kepimpinan Ahmad Said jelas mempersoal dan merasakan Hishamuddin ‘belum masak’ dengan suasana di Terengganu.

Malah Kumpulan 10 sebenarnya mempertikaikan usaha Hishamuddin memperbetulkan perjalanan UMNO selepas Majlis Tertinggi UMNO menurunkan pangkat Ahmad Said hanya sebagai Timbalan Pengerusi UMNO.

Bukan itu sahaja, Hishamuddin turut dipersoal tindakannya menukarkan ketiga-tiga penjawat penting Perhubungan UMNO termasuk Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan tetapi tidak melantik orang daripada Kumpulan 10 berkenaan.

Suara protes dan tidak puas hati terus kedengaran. Mereka sebenarnya mahukan Ahmad Said bukan sahaja dikeluarkan daripada pentadbiran parti tetapi juga pentadbiran kerajaan negeri – melucutkan jawatan Menteri Besar.

Oleh kerana Najib dan Hishamuddin jelas tidak melakukan perkara sedemikian, rasa tidak puas hati mereka terus membara.

Tidak tahulah sama ada Rosol betul atau sebaliknya apabila berpendapat Hishamuddin tidak ‘mengenali UMNO Terengganu’.

Ini kerana ketika Hishamuddin mengatakan krisis UMNO Terengganu sudah ‘beres’, Presiden UMNO sendiri - Datuk Seri Mohd Najib Razak - pula menganggap masih wujud pergolakan di negeri berkenaan dan perlu diperbetulkan.

Pada Jumaat 28 Ogos 2009, Najib berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.

"Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini.

Juga mengejutkan ialah apabila seorang ADUN UMNO Terengganu kelmarin mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain daripada UMNO berhubung cadangan untuk lompat parti.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Memang niat tanpa perbuatan tidak boleh dijadikan sebagai suatu keputusan atau pendirian.

Namun persoalannya kenapa ada niat atau cadangan mahu melompat parti? Apakah jalan lain sudah buntu?

Atau apakah Kumpulan 10 ini sudah tidak yakin dengan UMNO Pusat mampu menangani krisis ini?

Atau mereka sengaja mempersoalkan arahan Presiden parti yang memberikan mandat kepada Naib Presiden mengatasi kemelut ini.

Juga apakah Najib ‘terikat tangannya’ untuk melakukan sesuatu bagi ‘menjernihkan suasana’ di Terengganu?

Dalam konteks UMNO Terengganu, rasanya Najib faham di mana dan bagaimana dia boleh bertindak dan apa pula tembok yang menghalangnya.

Bagi saya, Hishamuddin pun faham kenapa ‘tangannya terikat’ dan cara terbaik baginya ialah mengikut arahan Presiden parti dan UMNO Pusat.

Masalahnya, kumpulan yang tidak berpuashati itu berusaha melakukan apa sahaja cara, biarpun nampak jelas mereka terpaksa ‘mensabotaj UMNO’. Persoalannya:

1. Bukankah memulaukan sidang DUN pada 14 April lalu bersifat mensabotaj parti?

2. Bukankah menyerang dari belakang terhadap Menteri Besar yang dipersetujui Majlis Tertinggi dan Presiden UMNO mensabotaj parti?

3. Bukankah membisu seribu bahasa pada sidang DUN April serta Selasa dan Rabu minggu lalu dengan tidak mengemukakan pertanyaan lisan dan menyertai perbahasan kerana ‘protes senyap’ juga mempunyai unsure sabotaj terhadap UMNO dan Barisan Nasional? dan

4. Bukankah menentang keputusan istana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar adalah sabotaj dan engkar kepada keputusan Sultan?

5. Ini belum lagi beberapa perkara berkaitan sms ugut bunuh dan memulaukan pertemuan dengan Ahmad Said pada majlis-majlis tertentu.

Cuma agak menghairankan ialah bagaimana pemimpin pusat UMNO dan Putrajaya boleh membiarkan mereka yang menentang kepimpinan kerajaan negeri UMNO dan BN yang diperkenankan oleh istana Terengganu itu terus-terusan melakukan sabotaj sedemikian?

Apakah UMNO Pusat dan Putrajaya bimbang jika tindakan diambil ke atas sekurang-kurangnya 10 ADUN, UMNO Terengganu akan bergoncang secara terang?

Mungkinkah UMNO Pusat dan Putrajaya tidak sanggup berdepan dengan kemungkinan perletakan jawatan beramai-ramai atau tindakan lompat parti dilakukan oleh ADUN yang dikenakan tindakan?

Mahu tidak mahu UMNO Pusat dan Putrjaya mengharapkan biarpun ada ‘api dalam sekam”, ia mudah untuk dipadamkan daripada berlakunya ‘pemberontakan secara terbuka’ akibat tindakan disiplin yang dikenakan ke atas ADUN yang membantah, boleh menyebabkan ‘api besar’ yang mungkin mencetuskan pelbagai risiko berat.

Dalam konteks pergolakan ini, suatu keputusan membabitkan cara-cara mendisiplin ahli dan pemimpin perlu dilakukan.

Presiden UMNO, Timbalan dan semua pihak di UMNO Pusat perlu tegas dan tidak membiarkan kemelut berpanjangan.

Jadilah doktor - buang sahaja barah dan penyebab penyakit - selagi barah dalam UMNO Terengganu terus wujud, ia akan terus menganggu-gugat kelicinan pentadbiran parti dan kerajaan Terengganu.

Yang perlu diberikan amaran diberikan amaran dan yang perlu dikenakan tindakan disiplin, lakukan sahaja. Ini kerana UMNO tidak boleh kekal dan bertahan dengan ahli dan pemimpin yang sabotaj parti.

Sebarang keputusan dan tindakan dibuat, ia bukan untuk UMNO semata-mata. Ia juga akan menjaga dan menghormati istana yang pada dasarnya mempunyai kuasa dalam banyak perkara membabitkan perlantikan Menteri Besar yang sah.

Bagaimanapun, dalam melakukannya yang penting – bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berserakan.


SUMber Rakyat Malaysia(hambali abd latiff)

Tuesday, August 25, 2009

DUN N11 kekal PAS..




salam ramadhan.

sebentar tadi kita telah di beritakan PAS kekal di kerusi DUN N11 permatang pasir.kemenangan ini juga bukan mengejutkan kerana DUN permatang pasir di gemburkan sebagai kubu kuat PAS di mana inilah satu2nya kerusi wakil PAS di pulau pinang.

selepas keputusan diumumkan banyak analisis di buat oleh pelbagai pihak..faktor paling utama yg di kaitkan isu kekalahan BN/UMNO adalah kerana CALON..

saya sengaja tidak mengulas isu dan kempen di Permatang pasir kerana menganggap isu yg di mainkan bukan untuk rakyat..sama ada di pihak BN/UMNO dan juga pihak PAS.kebanyakkannya hanya isu peribadi.ahli2 politik sekarang pula sangat berminat dengan gosip dan lantang bersuara untuk menghangatkan lagi gosip2 yg di gemburkan untuk mempengaruhi pengundi.memalukan.....

memang sangat berbeza kempen yg di jalankan di permatang pasir ini dengan DUN manik urai,kelantan dan juga parlimen kuala terengganu..di permatang pasir hampir tiada isu tempatan di mainkan!!barisan nasional pula sibuk dengan mempertahankan diri saudara rohaizat sehingga tamat tempoh berkempen malam semalam.PAS pula berjaya membuatkan BN mempertahankan diri tanpa berpeluang membawa isu tempatan seperti kempen2 sebelum ini.rohaizat pula sangat2 silap apabila menafikan perkahwinan kedua dan juga gagal berdepan untuk mempertahankan diri sendiri tentang isu guaman sebaliknya bersembunyi di belakang2 otai2 UMNO memberi kenyataan.sebenarnye tak perlu berdolak dalih dengan isu yg di bangkitkan malah wajib berdepan dengan pengundi semasa berkempen dengan mengaku dan menyatakan telah mengambil tindakan untuk selesaikan.

faktor tidak bersedia juga mungkin boleh di terima..BN tidak menyangka yg PAS akan menyerang isu peribadi terlebih dahulu untuk menutup peluang BN ke isu yg sepatutnya di canangkan.memang benar masalah calon begitu memberi kesan kepada setiap pilihanraya kecil yg di adakan.calon juga seorang yg kurang berpengalaman dan kurang memberi sumbangan kepada masyarakat di situ.jgn terlalu ghairah meletakkan calon muda hanya kerana ingin menarik pengundi muda..kontroversi pulak tu..

keputusan ini sebenarnye memberi pengajaran kepada UMNO untuk lebih bersedia di mase akan datang.bersedia dari segi isu tempatan,bersedia dari segi strategi mainan pembangkang,bersedia dari segi kekuatan calon.jangan TIDUR selagi pru13 belum tiba.tiada istilah 'honeymoon' selepas pru12..setiap usaha harus di jalankan berterusan sehingga pru13..
muhasabah diri.....

TAHNIAH KEPADA PAS!!..kerana berjaya kekalkan kerusi permatang pasir..kerusi ini adalah kerusi tunggal PAS di pulau pinang.berjuanglah demi agama dan rakyat bukan untuk memenuhkan poket sendiri..

hikmahnya mungkin ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada pengundi2..kita tidak tahu yg baik atau yg buruk..kita berdoalah untuk kebaikan pengundi2 kawasan permatang pasir.

wallahualam..

Zulkifli Noordin - Yb Mohd.Razhi Cemerlang!!




Salam 2 all.


Semalam sahabat saya YB Mohd. Razhi Salleh (Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Lunas) mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.
Secara rasminya beliau menyatakan tidak dapat lagi menyokong kepimpinan PKR yang "perjuangan nya tidak lagi saperti perjuangan asal".
Bagaimanapun, YB Razhi mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai Exco Pelancongan dan Sumber Manusia memandangkan perlantikan beliau sebagai Exco dibuat oleh Sultan Kedah dan hanya Baginda yang boleh menentukan kedudukan YB Razhi.
Tindakan YB Razhi telah membawa spekulasi yang pelbagai. Ada yang menuduh beliau mempunyai masalah disiplin, ada yang mendakwa YB Razhi gagal menjalankan tugas portfolio exco beliau, ada yang menyatakan kerana beliau disiasat oleh SPRM, malahan ada yang memfitnah menyatakan YB Razhi menerima sogokan daripada UMNO (tadi saya dimaklum kononnya jumlah sogokan adalah RM4 juta!). Termasuk ada desakan menuntut YB Razhi meletakkan jawatan sebagai ADUN Lunas!
Saya mengambil sikap memahami tindakan YB Razhi yang sejak daripada awal kemenangan pada 08 Mac 2008 telah membangkitkan beberapa isu yang beliau rasakan serius dan perlu tindakan segera. Saya yakin tindakan yang diambil oleh YB Razhi adalah atas dasar prinsip dan bukan kerana masalah disiplin, siasatan SPRM, ataupun sogokan. Apatah lagi fitnah jahat yang menyatakan ianya berkaitan masalah wanita.
Saya ingin menegur rakan-rakan dalam PKR termasuk daripada Pakatan supaya jangan cepat memfitnah, membuat tuduhan liar dan menuding jari. Ingatlah setiap jari yang kita tuding kepada orang, tiga jari lagi menuding kepada kita.
Kalau kita menuduh YB Razhi konon tidak berdisiplin, saya melihat YB Razhi antara Exco yang sangat komited dan berdedikasi dengan amanah yang diberikan. Malahan awal-awal lagi beliau telah memanggil mesyuarat dengan pihak perhotelan yang terlibat di Pulau Langkawi kerana beliau mahu memberi jaminan kepada para penguasaha hotel antarabangsa di Langkawi bahawa Kerajaan pimpinan PAS Kedah tidak akan mengambil tindakan drastik yang boleh menjejaskan industri pelancongan khususnya di Langkawi. Ini kerana beliau menyedari industri perhotelan di Langkawi merupakan permata industri pelancongan bukan sahaja bagi Kedah, malahan bagi negara.
Malah beliau merancang untuk menjadikan Langkawi khususnya dan Kedah amnya sebagai kawasan pelancongan "syariah compliance" dan "halal tourism", demi untuk menarik pelancong khususnya dari Asia Barat yang semakin meningkat dan merupakan "economic tourist". Beliau sendiri telah pergi membuat lawatan kerja ke Dubai dan lain-lain tempat di timur Tengah. Beliau sangat menaruh minat dengan konsep "halal hotel" yang dilaksanakan oleh pengurusan Hotel De Palma, Ampang Selangor yang katanya memenuhi cita-cita beliau untuk melaksanakan "halal tourism" di Kedah. Beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan dengan pihak pengurusan hotel De Palma untuk mempelajari konsep "syariah compliance hotel" ini.
Satu masalah serius yang difikirkan oleh YB Razhi ialah mengenai perpecahan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia, yang semakin ketara sejak pilihanraya 08 Mac 2008. Beliau antara orang paling sedih apabila Kerajaan PAS diugut oleh wakil tunggal DAP dalam DUN Kedah dalam isu penutupan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Alor Setar. Beliau sangat teringin melihat pemimpin-pemimpin Melayu Islam daripada PAS, PKR dan UMNO duduk semeja untuk mencari kata sepakat demi ukhwah Islamiyyah dan maruah agama yang makin tercabar. Malahan beliau pernah memberitahu cita-citanya agar dapat Tuan Guru Haji Hadi, Dato Seri Anwar duduk berbincang dan bermuzakarah bersama dengan Pak Lah (PM masa itu).
Selain itu, YB Razhi juga menghadapi masalah untuk menyelenggara dan memantau kawasan DUN Lunas. Ini adalah kerana kami ADUN dan MP daripada Pakatan di Kedah, khususnya daripada PKR tidak mendapat sebarang bantuan atau peruntukkan kewangan untuk menjaga kawasan masing-masing. Kami bergantung sepenuhnya kepada elaun dan pendapatan sebagai ADUN dan MP. Ini ditambah pulak dengan masalah dalaman, jentera dan cabang PKR di Padang Serai yang tak habis-habis dilanda masalah dalaman. Termasuk ketiadaan kerjasama daripada beberapa orang pimpinan tempatan.
Walaupun YB Razhi menerima sokongan penuh Ketua Bahagian dan AJK PKR kawasan, namun terdapat segelintir pimpinan tempatan yang kerana keangkuhan dan ego masing-masing enggan mengiktiraf kepimpinan kawasan. Sebab itu saya tidak hairan apabila Pemangku Ketua Bahagian Sdr. Jamaluddin Abu Hassan berserta beberapa ratus ahli PKR cabang Padang Serai menyokong tindakan YB Razhi dan turut bersama beliau mengisytiharkan keluar daripada PKR.
Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu. Mungkin persepsi beliau silap atau tidak, namun itulah yang beliau rasakan.
Apapun, saya menghormati keputusan sahabat saya YB Razhi. Saya seru rakan-rakan lain dalam PKR dan Pakatan supaya menghormati pendirian beliau. Sebagai pejuang hak asasi manusia, sepatutnya kita menjadi orang pertama menmghormati keputusan beliau kerana itu adalah hak asasi beliau untuk memilih dan menentukan parti mana yang beliau mahu sertai. Saya berpendapat desakan menyuruh beliau mengosongkan kerusi DUN Lunas hanya kerana beliau memilih untuk tidak bersama dengan PKR adalah satu desakan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menghormati, malahan kekadang sampai mempertuhankan prinsip hak asasi manusia. Ini jelas apabila YB Dato Nasaruddin (BN-Parit) memilih meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, tapi lepas tu buat u-turn balik), kita tidak pulak mendesak beliau mengosongkan kerusi DUN Parit, sebaliknya kita telah berkompang sakan menyambut "penghijrahan" beliau. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah, tapi bila membawa faedah kepada kita baru jadi betul. Call a spade a spade-yang benar tetap benar walaupun pahit bagi kita.
Melainkan kita ini pengamal fahaman double-standard, saya berpendapat pendirian kita mesti istiqamah dan konsisten. Kalau kita boleh terima YB Dato Nasaruddin dahulu, mengapa kita tidak boleh menghormati keputusan YB Razhi. Jangan kerana terkena batang hidung kita sendiri maka kita kata ianya salah dan tidak betul, tetapi bila membawa menafaat dan faedah kepada kita baru jadi betul. "Call a spade a spade". Yang hak tetap hak walaupun pahit untuk kita menerimanya. Pada saya, sepatutnya apa yang terjadi memberikan kita peluang dan ruang untuk mencerminkan diri kita dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada YB Razhi. Semoga ALLAH memberikan beliau petunjuk dan kekuatan dalam perjuangan beliau untuk Islam dan ummatnya, insyallah. Kepada YB Sdr. Razhi, mungkin beliau perlu menimbang untuk menyertai jemaah yang ada, dan dalam pertimbangan itu, jangan lupa kepada PAS, insyallah!
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Isnin
03 Ramadhan 1430
24 Ogos 2009

SUMber ZULKIFLI NORDIN -KULIM