Thursday, July 30, 2009

BN Terengganu!!!!!??

Sudah 4 – 0. Cakap salah, tak cakap lagi salah.

Bukan saja-saja nak cakap tetapi jika semakin membebankan dan memburukkan imej kerajaan negeri, bukan Ahmad Said sahaja akan melenting. Rakyat juga tertanya-tanya.
Apakah dah jadi?

Mulanya bumbung stadium runtuh, kemudian Pusat Akuatik bocor dan selepas itu, Stadium Tertutup Gong Badak terpaksa ditutup. Kini atap lapangan terbang pula melayang.

Entahlah, Menteri Besar pasti perlu menjawab banyak persoalan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak lama lagi.

Dalam usahanya meletakkan rakyat segala-galanya, kejadian yang melanda satu persatu pastinya menggugat pentadbiranya yang menekankan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

Apa nasib malang. Semuanya terpaksa ditanggung kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said ketika ini.
Malu ada, geram pun ada. Seolah-olah Terengganu ini lekeh sangat. Cap ayam katakan.

Tapi semua ini siapa punya angkara?

Fikirkan sendiri kejadian-kejadian ini, apakah ia ujian untuk Ahmad Said atau memang ia ketentuan Tuhan :

1. Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh dan ditutup ke tarikh yang belum diketahui;

2. Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu turut ditutup untuk orang ramai. “Kolam renang ini baru siap setahun, tetapi tetapi keadaannya sekarang seolah-olah sudah berusia lebih 10 tahun,” kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang meninjau pusat itu.

Pusat Akuatik MBKT bernilai RM18 juta itu dikesan berlaku kebocoran dan besi berkarat serta mempunyai beberapa kecacatan yang membahayakan keselamatan orang ramai.

3. Jabatan Kerjaraya Pusat turut mengeluarkan arahan supaya Stadium Tertutup Gong Badak ditutup buat sementara kerana kerosakan kecil pada peralatan stadium berkenaan.

4. Terbaru, siling di bahagian bumbung utama Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhampiran Kompleks Menara Kawalan tertanggal lagi. Pengurus Malaysia Airports Bhd (MAB) LTSM, Ahmad Ramli Mahmood berkata, pihaknya sudah mengesan masalah siling tanggal di beberapa bahagian lapangan terbang itu terutama di bahagian kiri dan kanan bumbung utama sejak lapan bulan lalu.

Dalam tempoh itu sudah tiga kali kejadian itu berulang.

Ini sudah pasti menjejaskan pemandangan terminal berharga RM123 juta itu.

Hakikatnya, masalah siling tanggal di beberapa bahagian LTSM ini menjejaskan imej satu lagi projek mega negeri ini yang baru hampir setahun digunakan. Ahmad Ramli menjelaskan, setiap kali MAB mengesan masalah itu, kontraktor akan membaikinya tetapi tidak berapa lama kemudian kejadian sama akan berulang.

LTSM sudah melaporkan masalah ini kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Apa yang pasti, semua masalah ini ada kaitan dengan JKR.

Kita hanya berharap JKR bukan sahaja terbabit dengan kerja-kerja memperbaiki kemudahan-kemudahan ini tetapi juga menunaikan janji untuk membawa mereka yang ‘menyeleweng dan cuai’ ke muka pengadilan.

Berbuatlah segera kerana tidak lama lagi rakyat pula akan membuat perhitungan apabila tiba pilihan raya.

di 'copy' dari BloG Rakyat Malaysia

Tuesday, July 28, 2009

ORANG SELANGOR!!!!....BACE!

Dakwaan:
i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.

Fakta:
i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co

Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.


Komentar

1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.

2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.

3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.

4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.

5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.


6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (di sini saya sertakan salinan surat nilaian tersebut). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.



7. Saya juga menyertakan sebahagian Perjanjian Jual Beli bagi membolehkan saudara/i memahami syarat-syarat pemilikan tanah tersebut dan butiran jual beli.



8. Selepas menyemak dokumen pinjaman, ada sedikit kesilapan fakta dalam kenyataan saya sebelum ini. Pinjaman HSBC saya bukanlah untuk 30 tahun tetapi untuk jangka masa 23 tahun. (lihat lampiran)






9. Setelah pendedahan ini saya berharap semua pembaca dapat membuat penilaian secara ikhlas bukannya sekadar mengutuk kerana benci kepada saya mahu pun UMNO.

SUMBER DARI BLOG Dr.seri khir toyo..

walaupun beliau sudah lama menjawab tuduhan ni tapi masih ramai lagi kat luar sane masih sengaje menutup mata terhadap segala fakta kerana 'men'dewakan pemimpin songsang mereka.
pembangkang hanya memutar belit segala fakta menjadi auta untuk men'divert' isu besar yg melanda mereka..inilah perangai sebenar mereka dan bende ini tidak akan berakhir...

Monday, July 27, 2009

Astaghfirullah!!!...

Salam. sila baca artikel kurang ajar yang cuba membela bekas Setiausaha Agung PKM : Chin Peng yang menjadi perancang utama menyiksa rakyat kita oleh portal online Malaysiakini dan sebarkan

http://www.malaysiakini.com/columns/105923

AnwAR pun tipu AFIDAvit???

1. Dalam laporan polis terkini AnWAR, beliau mendakwa Datuk Razak Musa, Pengarah Bahagian Pendakwaan SPRM menyelewengkan fakta dalam afidavit bertarikh 30 Jun 2009. Saya telah menulis dahulu AnWAR wajar mencabar apa yang didakwanya itu di mahkamah. Barisan peguam beliau seramai 7-8 orang itu pasti bersedia berbuat demikian jika diarah AnWAR.

2. Namun AnWAR memilih mensensasikan hal ini dengan laporan polis. Beliau pasti akan menyalahkan polis nanti mengapa laporannya ini tidak diambil tindakan sewajarnya. Selain mengalihkan tumpuan dari kemelut yang melanda pakatan pembangkang sekarang, AnWAR akan menggunakan ini untuk mencemar imej polis ketika perbicaraan kes liwat beliau nanti.

3. Tahun 1998, sejurus selepas Datuk Nallakarupan ditahan polis dan AnWAR dipecat, AnWAR telah mengadakan beberapa siri ceramah di perkarangan rumah lama beliau di Bukit Damansara. Antara yang dijawab AnWAR ketika itu ialah mengenai RM60 juta duit Magnum yang diberi kepadanya. AnWAR telah membaca kononnya afidavit Datuk Nalla ketika itu yang menafikan segalanya.

4. Persoalan kini, ketika AnWAR membaca afidavit tersebut, Datuk Nalla telah ditahan pihak berkuasa. Peguam Datuk Nalla sendiri berhempas pulas mengesan di mana Datuk Nalla dibawa. Keluarga Datuk Nalla telah menemui AnWAR bagi membantu mengesan lokasi Nalla. AnWAR sendiri mengakui beliau tidak tahu di mana Nalla dan enggan membantu keluarga Nalla. Keluarga dan peguam Nalla berhasil mengesan Nalla setelah beberapa ketika.

5. 7 September 1998, AnWAR membacakan kononnya afidavit Datuk Nalla yang menafikan Magnum melalui Nalla telah memberi sejumlah wang bernilai RM60 juta kepada AnWAR bagi membiayai kegiatan politik AnWAR. Pada tahun 2008 di p/raya kecil Ptg. Pauh, Datuk Nalla mendakwa telah memberi sejumlah wang RM60 juta kepada AnWAR! Ketika ditanya wartawan tentang afidavit berkaitan, Nalla menyatakan ianya dibaca oleh AnWAR dan ia tidak datang dari pihaknya.

6. Kenyataan Nalla telah diambil oleh SPRM (BPR ketika itu [2008]). AnWAR dengan lagak panglima tempang telah mencabar untuk mengambil tindakan undang-undang. Berkokoklah ia di pentas-pentas ceramah mahu mengambil tindakan undang. Kini 2009, mana tindakan undang-undang itu. Dimaklumkan oleh seorang teman dalam PKR yang masih berhubung dengan Nalla, tiada sebarang saman diberikan kepada Nalla.

7. Sebaliknya hingga minggu lepas, AnWAR melalui Wan Azizah masih cuba menghubungi Nalla melalui keluarganya untuk cuba bertemu Nalla. AnWAR juga menggunakan peguam Manjit Singh untuk bersemuka dengan Nalla bagi 'menyelesaikan' kemelut mereka. AnWAR juga masih menggunakan ibu saudaranya yang dipanggil Kak Jah atau Mak Andak menghubungi isteri Nalla bagi bertemu. Setakat ini Nalla tidak menyahut cubaan AnWAR ini.

AnWAR seperti cacing kepanasan kini. Isu-isu hangat sekarang belum mampu meredakan sakit kepalanya. Kemasukan dua orang tokoh dari MCA dan MIC juga tidak mampu mendinginkan rasa hangat ke atas dirinya. Apa yang telah dituduh AnWAR ke atas orang lain, kini berbalik ke atas dirinya. Dalam hal afidavit tadi, saya percaya pihak berkaitan menunggu masa sesuai untuk memulakan tindakan pemula. Apabila bermula, ianya satu permulaan untuk pendedahan yang lebih besar mengenai taktik 'membelit' AnWAR.

Sekian.

SUMber dari bLog x-pkr.

Sunday, July 26, 2009

takziah!!!


salam perpaduan..

pemergian seorang pengarah kreatif yg berjaya membawa martabat filem melayu kita ke persada antarabangsa...yasmin ahmad sudah tidak perlu di perkenalkan lagi..orang melayu,org cina dan org india sume mengenali allahyarham..

segala sumbangan dan jasa allahyarham tidak mudah di lupakan...di harap tidak ada cerita gosip yg di dengari kita selepas ni..takziah di ucapkan kepada seluruh keluarga nya..semoga rohnya di cucuri rahmat...Al-Fatihah!

Thursday, July 23, 2009

IKut upacara kematian AGAMA LAIN !!!








salam perpaduan!!!

kes paling hangat di perkatakan sekarang dan masih hangat kat kedai kopi kampung2 sekelian alam ialah cerita kematian mendiang teoh...banyak dah sangat org ulas kes ini.
kes kematian mengejut yg normal bagi geng2 polis ni dah di politikkan hanya kerana mereka2 ni org politik...sengaja nak cari kesalahan org lain untuk menutup kesalahan sendiri...biarkan polis buat keje masing2..tak perlu mengamuk sakan..yg dah mati tu tak boleh idup balik.kalau betul2 nak perjuangkan keadilan,kenape banyak kes terjatuh bangunan sebelum ni di abaikan??kes ibu tunggal di pandang sebelah mata???semua berlaku di negeri selangor.kenape penjenayah pulak yg harus di agongkan???...

tanpa kita sedar,wujud pulak kontroversi baru..geng2 erdogan PAS...melawat kematian org yg beragama selain islam adalah harus..amalan yg terpuji sebagai tanda hormat antara satu sama lain.
tetapi apa yg ALLAH pertontonkan kepada kita semua adalah begitu mengejutkan..ada pulak kata2 sumbang dari pengikut dan penyokong mereka adalah tidak salah melakukan upacara kematian agama lain..mereka ni penah terfikir ke???ada tak org bukan islam datang membaca tahlil untuk kematian org islam??

menyalakan lilin!!!tunduk sembah tok pekong!!!sedekah al-fatihah ke dok diam tunduk sambil pegang lilin tu???astagfirullah....ade pulak kata2 dari mulut busuk yg menghalalkan cara tu kerana yg melakukannya adalah pemimpin agong mereka..yg paling kelakau ada pulak mamat ni berkata-kata..jika lilin tak boleh di nyalakan,makanya bergelap la org jika elektrik takde..hahahahharam jadah punya ayat..takkan tak leh bezakan idupkan lilin tuk semayang orang cina mati ngan idupkan lilin takde elektrik...nak kata bangang ke org macam ni??

sama2 la kita renungkan...dewan ulama' PAS pun tak 'mampu' nak komen kes ni.ayat selamat mereka 'mungkin nizar tak pasan tatacara menghadiri upacara agama lain'...
sekadar datang memberi ucapan takziah sebagai menghormati keluarga mendiang sudah memadai..tak perlu 'berlebih-lebih' untuk menunjukkan diri tu 'universal' beragama..sudah cukup lengkap agama islam yg kita anuti.tak perlu tokok tambah ajinomoto sebagai penambah selera demi penuhkan nafsu serakah masing2...

Wednesday, July 22, 2009

MUhasabah!!!!

salam PErPaduan...

kerajaan PR di selangor semakin terdesak apabila selalu sahaja membuat kenyataan yg bakal menyusahkan mereka...

mereka selalu sahaja membuat keputusan tanpa memikirkan kehendak rakyat sepenuhnya.bermula dengan kes ladang ternakan BABI di sepang,masukkan kuota bukan bumiputera ke UITM,menuduh kerajaan dan POLIS menganiaya penjenayah rakyat cina sehingga menteri terpaksa memohon maaf dengan kerajaan negara china.apabila di siasat pompuan tu org melayu dengan kes dadah,menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan sendiri oleh khaled gagap,menuduh UMNO memerangkap YB elli dalam kes memalukan tetapi ternyata di lakukan oleh orang mereka sendiri..salahguna kuasa oleh geng2 exco sehingga di tegur oleh mamat azmin ali agar khaled gagap membubarkan exco kerana berlaku ketidak jujuran dalam pentadbiran oleh geng2 kongsi gelap exco selangor...

bende yg sangat2 baru berlaku apabila SPRM meredah/terjah pejabat exco selangor bertindak atas laporan oleh YB mereka sendiri yg mendakwa wujudnya salahguna kuasa oleh exco..rentetan itu SPRM telah memanggil mendiang teoh untuk dtg memberi kenyataan berhubung dengan bukti2 yg di rampas dari pejabat exco berkenaan..siasatan berakhir dengan kematian mendiang teoh yg sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut.

apa yg mengejutkan!!

perangai melatah oleh beberapa pemimpin PR selangor konunnya ini adalah konspirasi SPRM untuk membunuh mendiang teoh.logik la..jgn cuba pusing ayat yg pelik2 lagi mengelirukan..
SPRM bertindak atas laporan yg di buat..kenapa harus 'membunuh' saksi kes yg mereka kendalikan??hanya berlaku berhampiran pejabat SPRM makanya SPRM di pertanggungjawabkan??bagaimana kes kematian seorang pelajar UKM yg di jumpai 'mati' kerana terjatuh bangunan??adakah UKM di dapati membunuh pelajar itu???di mana keadilan untuk pelajar ini??untuk keluarga si mati,ade di tubuhkan suruhanjaya ape ntah kejadahnya tak??di mana UKM ni??kenape kerajaan negeri ambil tak endah kes pelajar ni??hanya kerana pelajar itu beragama islam,berbangsa melayu,bukan ahli politik,bukan anak menteri makanya kes itu sewajibnya di lupakan???

kerajaan MALAYsia!!!

kenape harus mengikut telunjuk puak2 pembangkang???sejak2 akhir ni banyak sangat keputusan kerajaan 'ter'lalu berpihak kepada 'suara' pembangkang..kejadian mendiang teoh adalah kes 'mati mengejut' yg bukan luar biasa di negara ini..polis di raja MALAYsia sudah terlalu mahir dengan kes begini.siasat dari segi masa,cctv,perbualan telefon,saksi2 berhampiran,bukti2 dan cap jari di tempat kejadian..jika terdapat kes bunuh,polis hanya perlu mendakwa mereka2 yg terbabit di mahkamah..SPRM dan KERAJAAN MALAYSIA tidak perlu 'gaduh' dengan permainan yg di bawa pembangkang..ini bukan pertama kali mereka men'divert' kes untuk menyalahkan kerajaan..dannnn...ini bukanlah yg terakhir...

suara pembangkang bukanlah suara rakyat sebenar tetapi suara pengecut2 yg sedang menggigil bersembunyi dalam almari bilik tdo masing2..takut kerana salah...mudahkan peribahasa tu..takut di siasat,takut masuk mahkamah,takut dengan undang2,takut dengan hukuman(ISA dan HUDUD),takut dengan akta itu dan akta ini,takut dengan bermacam2 bende dalam perlembagaan..pendek kata mereka hendakkan kebebasan yg tidak terbatas..rosakkk akhlak keturunan umat islam MALAYsia satu hari nanti jika mereka2 ni terus berkuasa...

terus terang ketidakjujuran mereka ini tetapi masih ramai..(bukan majoriti) boleh pecaya kata2 sewel dan tak masuk akal dari mereka2 ni..bukan sahaja kata2 yg munafik tetapi perbuatan mereka juga terang2 bersifat munafik..apa yg pengikut2 fanatik mereka fikir hanyalah inginkan kuasa...apabila sudah berkuasa segala2nya akan di ubah mengikut selera mereka bukan untuk perjuangkan hak rakyat..
lihat sahaja apa yg rakyat negeri selangor perolehi???lesen dan pusat perjudian bertambah berganda2,pusat pelacuran tidak boleh di usik jika tidak meminta izin exco negeri,penyelewengan projek2 kerajaan negeri di bahagi2kan kroni2 dan menyusahkan rakyat..hari2 rakyat mengeluh dan menyesal.tapi..terima je la..tunggu la sampai PRU13..

terlajak perahu boleh di undur..terlajak pangkah..tunggu la 5tahun lagi..tapi tabik tuk kerajaan negeri perak,tak sampai setahun sudah kembali kepada pentadbiran yg lebih jujur..alhamdulillah....

muhasabah la...sesungguhnya tiada kuasa yg mutlak selain kuasa ALLAh.kemenangan di dunia hanyalah bersifat sementara,wajib percaya kekuasangan ALLAh.segala perkara buruk yg di sembunyikan akan ALLAh pertontonkan untuk pengajaran mereka2 yg terkemudian...saya sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan semua...insyaallah hidup kita lebih di berkati..insyaallah.