Ikutilah jawapan YB Jamaluddin Mohd Radzi selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang kepada wartawan AgendaDaily.com, Kuala Lumpur, Mei 2009.
Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, adalah antara tiga ADUN Perak yang membuat keputusan meninggalkan parti masing-masing dan mengisytiharkan diri mereka menjadi ADUN bebas yang menyokong Barisan Nasional.Ekoran daripada tindakan mereka yakni Jamaluddin dan Osman Jailu (Changkat Jering) dari PKR dan Hee Yit Foong DAP (Jelapang), kerajaan Negeri Perak bertukar tangan selepas baru 11 bulan Pakatan Rakyat berkuasa.Ini apabila BN yang semasa pilihan raya Mac 2008 memperolehi 28 kerusi kini mendapat sokongan tiga ADUN menjadikan majoriti menyokong BN sebanyak 31 kerusi.Sebaliknya pakatan pembangkang daripada 31 kerusi turun menjadi 28.
SIKAP BEKAS MENTERI BESAR PERAK DATUK SERI NIZAR JAMALUDDIN MENGADAI KEPENTINGAN MELAYU.
Langkah keluar PKR ini katanya, kerana penguasaan dua orang kuat DAP, Ngeh Koo Ham, (Pengerusi DAP Perak, ADUN Sitiawan, Exco Kanan Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Beruas) dan Nga Kor Ming (ADUN Pantai Remis Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Taiping) yang terlalu besar dalam Exco membuat keputusan.
Penukaran kereta rasmi Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry.
”Saya sebut kita angkat kereta nasional. Kita kena ada semangat kebangsaan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedes, itu kerajaan BN, ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk sayang kepada kereta nasional.Kita kena ada semangat kenegaraan. Kalau kerajaan Terengganu masa itu nak tukar Mercedes, itu kerajaan BN, ini kerajaan Pakatan. Kita tunjuk kita sayang kepada kereta nasional. Semangat patriotik kena ada.Nizar minta saya sediakan kertas hujahkan perkara itu. Mulanya dalam Dewan (Dewan Undangan Negeri) dia sebut 10 biji Camry yang bernilai RM 920,000.00 tapi bila mesyuarat Exco dia kata 15 buah termasuk ex-officio.Tapi kita tak dapat pengecualian cukai, harganya menjangkau RM 2.5 juta. Kalau Perdana baru RM 1.76 juta jadi kita boleh jimat RM 740,000.00.
Ada lagi perkara lain yang saya hujahkan dalam kertas itu hinggakan saya sebut kalau Anwar jadi PM adakah kita nak tutup kilang Proton?. Nizar setuju dengan hujah yang saya kemukan dan kekal untuk gunakan Perdana.Tapi bila masuk mesyuarat exco, sebut sahaja soal kereta, Ngeh Koo Ham kata Camry baik, itu baik ini baik dan macam-macam lagi hujahnya, daripada 10 buah, keputusannya tempahan dibuat 15 buah. Walhal sebelum itu beliau (Nizar) setuju dengan saya.Nizar dan Ngeh...dia terlalu tunduk. Apa kata Ngeh dia akan ikut. Dia bukan pemimpin Melayu”.
Isu hak milik tanah Kampung Baru 999 tahun dan penukaran syarat tanah rumah kos rendah.
”Semua ini berlaku dalam mesyuarat Exco. Soal rumah murah, kerajaan BN banyak luluskan tapi belum dilaksanakan lagi. Tapi bila kerajaan Pakatan ambil alih ramai pemaju buat permohonan tukar syarat daripa rumah kos rendah kepada rumah kos sederhana dan rumah banglo.Saya sebut dalam mesyuarat Exco, kerajaan dulu (BN) rancang benda ini baik. Usaha untuk menempatkan orang-orang susah, berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di bandar.
Saya sebutkan kepada Nizar usaha tukar syarat tanah akan menyebabkan orang Melayu tidak ramai yang berkemampuan untuk miliki hartanah di bandar dan terus pastikan orang Melayu hanya tinggal di pinggir dan di kampung-kampung sahaja.Waktu pertama beliau membuat undian dalam mesyuarat Exco siapa yang menyokong siapa yang tidak bersetuju.Yang menyokong Tai (PKR), Nga Kor Ming dan Ngeh. Yang menolak saya dan Kapten Osman Jailu.Nizar pada hari itu ambil keputusan menolak walaupun tiga menyokong dan dua tidak setuju manakala lain-lain Exco berkecuali.
Saya tulis nota kepada Nizar, jangan amalkan undi angkat tangan. Jika angkat tangan, Melayu ada tiga orang sahaja dalam Exco termasuk Nizar sebagai MB ada empat.Lepas daripada itu tiap-tiap minggu ada sahaja permohonan (tukar syarat tanah) saya bantah...hendak tukar syarat tanah daripada bina kos rendah kepada sederhana dan banglo. Pada hal syarat yang telah diluluskan oleh kerajaan dahulu untuk rumah kos rendah.Semua cadangan itu datang daripada syarikat-syarikat bukan Bumiputera. Namun jika ada permohonan daripada syarikat Bumiputera, ada sahaja yang dipertikaikan oleh Ngeh dan Nizar setuju walaupun Pengarah Tanah dan Galian beri syor untuk diluluskan.Bagi permohonan bukan Bumiputera, walaupun cadangan dibuat ditolak, tapi Ngeh kata ia perlu diluluskan dan Nizar setuju. Sampai saya buat catatan M (Melayu) dapat berapa dan C (Cina) dapat berapa. M lulus tiga, C lulus sembilan.Hinggakan pada mesyuarat berikutnya saya ambil pendirian berdiam diri..Cuma bila permohonan datang daripada C, saya terus jerit LULUSKAN sahajalah, bila permohonan Melayu saya jerit TOLAK aje. Tujuan saya nak memperli Nizar supaya dia sedar..tapi dia tak peduli pun. Nampak sangat dia takut dengan Ngeh.” katanya.
Isu tanah 999 tahun.Jamaluddin berkata : ”Yang bawa cadangan itu Ngeh sendiri. Saya bantah kerana perkara itu tidak ada dalam manifesto PKR pun. Saya sebut kepada Nizar jangan kan 999... 99 tahun pun kita akan dikritik hebat.. tapi kerana terlalu nak jaga kehendak DAP, Nizar ikut sahaja.Sampaikan saya kata UMNO dah lebih 50 tahun memerintah, baru rakyat tolak mereka. Tapi pakatan baru 11 bulan.Saya dengar di kantin pegawai-pegawai dah mula bersungut pasal pemberian tanah 999 tahun yang mereka rasakan melampau.Ekoran itu, saya bertemu Nizar. Saya bangkitkan soal tanah.... balak semua ditender. Jadi saya tanya dia bolehkah ada pertimbangan atau diasingkan dalam soal pemberian tender kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera. Dia kata tak boleh.Saya beritahu dia kalau macam itu, peluang Bumiputera khususnya Melayu sampai bila nak dapat.Bila kita hujah lebih sikit, dia diamkan dirinya. Tapi dalam ceramah dia mula cakap kita tak boleh perjuangkan satu kaum sahaja. Kenapa masa kita jumpa dia bincang dia diamkan diri sahaja.
Begitu juga dalam soal pemberian tanah kepada sembilan sekolah Cina.Saya sebut dengan Nizar, tiap-tiap tahun kita beri bantuan kepada sekolah terbabit sebanyak RM 30,000.00 setahun kenapa nak beri tanah pula.Akhirnya Nizar setuju dengan pandangan Ngeh, daripada nak beri tanah 1,000 ekar kepada sekolah-sekolah itu, Ngeh tukar kepada 1,000 hektar, Nizar pun setuju juga. Daripada ekar kepada hektar, Nizar ikut sahaja.Berdasarkan pengalaman selama 11 bulan bersama mereka, Exco memang dikuasai oleh Ngeh dan Nga.Nizar patung sahaja. Segala-segalanya dikawal oleh Ngeh dan Nga.Dayuslah kita, hanya kerana nak duduk jawatan Exco, apa sahaja Ngeh dan Nga buat kita akur sahaja.Saya tak boleh. Kita dari dulu kaki lawan.
Selama 10 tahun berjuang apa kita dapat.Habis wang ringgit sendiri untuk parti... hari ini dapat RM 14,000.00 sebulan besar sangat ke”, ujar beliau mengenai senario sebenar yang berlaku dalam Exco Perak di bawah pimpinan Nizar semasa pakatan pembangkang perintah negeri Perak”.
Konspirasi Dalaman.
”Dalam PKR pun ada konspirasi untuk pinggirkan saya dengan Kapten Osman.Ia bermula daripada soal tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap saya dan Kapten Osman sehinggalh kepada peristiwa bila mana ADUN BN kawasan Bota, Datuk Nasharuddin sertai PKR.Kononnya ada tiga lagi ADUN BN yang akan ikut sama. Mereka yang hendak masuk ini dijanjikan jawatan Exco.Usaha ini dibuat kerana dengan tambahan empat kerusi daripada BN, kerusi pakatan akan bertambah kepada 35 dan BN tinggal 24 kerusi sahaja.Jadi sebab itu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman sebagai ADUN dikeluarkan kerana mereka dah yakin ada majoriti lebih dengan kemasukan empat ADUN BN ke dalam PKR. 35 kerusi jika ditolak dengan dua kerusi saya dan Kapten Osman mereka masih ada majoriti 33 kerusi.Apakah ini merupakan mainan politik pimpinan PKR di peringkat negeri Perak untuk menyingkirkan beliau dan Kapten Osman?.Sebenarnya ini adalah mainan politik pimpinan PKR negeri Perak dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.Kenapa saya kata begitu. Pada malam timbul isu surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman telah diserahkan kepada (Speaker Dewan Undangan Negeri) V. Sivakumar, kenapa Anwar pada malam itu ambil tindakan inisiatif hubungi Sivakumar sebagai speaker untuk jangan serahkan surat perletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam kes Arumugam di Bukit Selambau, kenapa Anwar boleh simpan dulu surat perletakan jawatan bagi cari jalan penyelesaian, kenapa dalam kes kami sepatah pun dia tak cakap apa-apa. Kenapa tak tunggu kami balik kerja. Maknanya Anwar setuju dengan tindakan ini kerana dia mempunyai perancangan, bagi kerusi Changkat Jering, Ketua Bahagian PKR, Ismail hendak dijadikan calon manakala di Behrang, Ketua Bahagian PKR Pasir Salak, Mustapa Kamil Ayub akan dicalonkan.
Ini cara mereka... buat rancangan nak dapatkan empat ADUN BN, kami berdua, saya dan Kapten Osman dikorbankan dan orang ’kesayangan’ Anwar boleh bertanding dalam pilihan raya kecil.Malah pada malam kekecohan surat perletakan jawatan saya dan Kapten Osman dikeluarkan, Ismail telah mengadakan mesyuarat persiapan pilihan raya di Bukit Gantang dan mengumumkan bahawa beliau akan menjadi calon.Sedangkan perkara itu belum pun sampai kepada SPR dan mereka seharusnya sedar akan proses undang-undang yang akan kita ambil. Langkah awal saya, saya hantar surat penfian kepada SPR, Istana dan Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa saya menafikan saya telah meletakkan jawatan.Surat itu sampai ke pejabat SPR jam 7.56 pagi, lebih awal daripada surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Sivakumar.
Bagi saya Anwar jelas hedakkan orang-orang dia sahaja memegang jawatan.Taktik ini sama dengan apa yang berlaku dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin. Tak sabarkah mereka nak tunggu sehingga Pilihan Raya Umum ke-13.Nak suruh cepat berhenti, mereka buat aduan rasuah terhadap Fairus, tapi kerana beliau tak tahan, letak jawatan dan akhirnya orang kepercayaam Anwar, Dr. Mansor dinamakan sebagai calon untuk DUN Penanti.
Inilah yang mereka cuba lakukan kepada saya dengan Kapten Osman Jailu. Buat aduan rasuah dengan harapan saya dan Kapten Osman letak jawatan.Isu rasuah ini bagaimana ceritanya kerana semasa kes ini berlaku ia dikatakan perancangan BN.Dalam soal rasuah ini, pada mulanya saya memang ingat perancangan BN hendak kenakan saya. Tapi melihat kepada apa yang berlaku kepada Fairus, saya penuh yakin ia adalah rancangan yang diatur oleh orang PKR sendiri.Mana tidaknya, kes yang didakwa membabitkan saya berlaku apabila bekas ADUN Bota dari PKR dulu, Kapten Usaili Alias hubungi saya beritahu ada orang nak jumpa bincang pasal permohonan satu projek pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Ajak saya jumpa di Hotel Casuarina (Ipoh).Saya minta mereka datang ke pejabat. Selepas jumpa orang itu letak sampul surat. Saya tanya sampul apa itu. Orang itu beritahu sumbangan RM 5,000.00. Saya tanya sumbangan untuk siapa, dia kata untuk parti.Kalau untuk parti bukan kepada saya, sepatutnya kepada Usaili dan Usaili ambil sampul itu.Memang jadi amalam saya, tetamu yang datang saya akan iring mereka sampai pintu keluar. Bila saya buka pintu saya dah nampak pegawai Pencegahan Rasuah dah tunggu di luar. Tapi mereka tidak ambil apa-apa tindakan ketika itu.Esoknya barulah saya dihubungi, diminta datang untuk beri keterangan.
Bila lihat apa yang berlaku kepada Fairus, saya mula sedar, inilah cara mereka untuk pastikan dan Kapten Osman boleh disingkirkan daripada memegang jawatan bagi membolehkan orang ’kesayangan’ Anwar mengambil alih.Tak ada makna kita jadi pemimpin kalau negeri ini kita gadai.Malah saya pernah tegur Nizar apakah hanya kerana kita hendak angkat Anwar jadi Perdana Menteri, kita nak gadai Perak kepada Cina.Kerana nak angkat seorang, kita gadai semua. Dia tak jawap apa-apa pun.
Keputusan saya untuk meninggalkan pakatan ini demi untuk menjamin kepentingan Melayu, bukan soal kepentingan diri.Biar saya jelaskan. Kalau untuk kepentingan diri, masa selepas pilihan raya dulu, saya antara nama yang disebut untuk menjadi MB.Malah Anwar jumpa saya beritahu perkara yang sama. Saya sedar diri saya dan mungkin saya tidak layak.Tapi Anwar beritahu jangan bimbang, dia dah ada pasukan yang akan membantu saya menjalankan tugas sebagai MB.Saya kata kepada Anwar, kalau itu yang Datuk Seri janjikan, saya terimalah tapi Datuk Seri kena tunaikan janji itu.Masa perbincangan mengenai isu MB itu kami bertiga ADUN PKR Melayu iaitu saya, ADUN Changkat Jering Kapten Osman Jailu dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri hadir.
Bukan itu sahaja, saya pernah menjadi ahli DAP pada tahun 1986 cawangan Tanjung Malim. Ngeh dan Ngah jumpa saya minta saya aktifkan semula keahlian DAP dan mereka hendak meletakkan saya sebagai MB daripada parti DAP.Alhamdulillah, perjuangan saya tidak dikaburkan dengan jawatan. Saya beritahu mereka saha ahli PKR kenapa pula saya nak masuk DAP.Saya bersyukur dengan keputusan yang saya buat pada ketika itu. Kalau tidak, mungkin saya menjadi boneka mereka sahaja. Apabila dah berkuasa.... 2 x 5... mereka sebat juga.
”Nizar beri nasihat kepada saya kalau dapat duit yang ada kaitan dengan balak jangan simpan dalam akauan, nanti susah, simpan tempat lain, kena cermat dan hati-hati”.
Isu Agama
”Atas isu agama. Kebebasan yang terlalu sangat diberikan. Dalam mesyuarat Exco mereka rancang hendak mengadakan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan.Kita hormat agama lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan.Tapi untuk mewujudkan tokong Hindu dan gereja di setiap taman perumahan, saya kira ini dah keterlaluan.Mana pernah berlaku sebelun ini. Bagi saya ini melambangkan tiadanya penghromatan kepada Islam sebagai agama rasmi di negera ini.Nizar bukan pejuang Islam, bohong, dia hanya nak jaga kepentingan diri sahaja”.
”Pada peringkat awal kita percayalah tentang keadilan, menentang rasuah dan penyelewengan, tentang salah guna kuasa. Ini yang kita nak bawa. Ini perjuangan kita bersama selama ini.Selama 11 bulan memerintah, saya tak nampak agenda perjuangan yang dilaung-laungkan dulu dilaksanakan. Hanya yang berlaku lulus tanah kepada Cina, beri balak kepada pimpinan parti dan terus dengan program ceramah.
Salah guna kuasa.Tapi apa yang menariknya, dia ada nasihat saya, kalau dapat duit jangan simpan dalam akaun nanti susah. Kena sorok kena cermat.Dia ajar saya buat kerja jahat. Kalau boleh ajar saya buat jahat.... kamu buat tak benda itu?. Serupa aje mereka ini. Usah ceritalah, pembohong aje mereka ini. Kata kita akan dipersoalkan di akhirat?.Kalau dulu kita kata UMNO ini penyamun, mereka lagi teruk. Penyamun, perogol dan pembunuh sekali.
Apa yang saya lihat dalam masa saya benyak menyuarakan pandangan dan menegur kepimpinan Nizar sebagai MB, Nizar pada masa yang sama main politik dengan jaga kepentingan pimpinan negeri PKR.Dia bagi balak kepada mereka.Kalau PKR Bahagian Tanjung Malim yang saya ketuai mohon tidak diluluskan tapi kalau dipohon oleh pimpinan PKR negeri dia luluskan.Sebab itu kawasan balak diluluskan kepada pimpinan PKR negeri ketika itu Zulkefli Ibrahim yang juga Ketua PKR Tambun dan Ketua Wanita, Suzana, Ketua PKR Bukit Gantang, Ismail dan bekas ADUN Bota Usaili. Tiga empat orang inilah yang dapat. Pimpinan PKR lain tidak diberikan. Mereka ini adalah kumpulan ABIM dalam PKR.
Selepas jadi ADUN Bebas?.Saya di Behrang, Alhamdulillah masyarakat masih boleh terima saya. Masyarakat Cina dan majoriti masyarakay Melayu terima saya dengan baik. Selepas jadi ADUN Bebas beberapa program yang dianjurkan dapat sambutan. Yang marah dengan saya ahli-ahli PAS sahaja.
PKR Tanjung Malim bagi saya boleh dianggap dah hancur.Masyarakat Cina yang selama ini menjadi ahli PKR di Tanjung Malim sering tanya saya bila nak buat pengisytiharaan beramai-ramai keluar PKR.Kepimpinan PKR Tanjung Malim bersama saya. Sekarang memangku Ketua Bahagian adalah orang Teluk Intan yang tidak diterima oleh ahli PKR sendiri.
Saya yakin dalam pilihan raya akan datang, BN mampu untuk menang di Behrang.Selain daripada isu yang berlaku, saya dah dengar lama di Behrang, mereka menyesal undi pembangkang kerana niat asal mereka hanya untuk mengajar BN tapi rupa-rupanya Perak jatuh ke tangan pembangkang.
Kesedaran khususnya di kalangan orang Melayu dah ada. Mereka sudah mula kembali kepada UMNO.Hari ini yang rugi bukan sahaja UMNO di Perak tapi orang Melayu keseluruhanya.Setelah melihat apa yang berlaku di Perak saya beritahu kawan-kawan, kita janganlah kerana marahkan nyamuk, kelabu dibakar.Jangan kita bakar kelambu itu tapi lebih baik kita halau nyamuk-nyamuk itu.Cuma orang UMNO jangan sekat jika ramai yang nak kembali kepada parti itu.Rakyat sebenarnya bukan suka dengan pakatan pembangkang tetapi kerana marah dengan UMNO dan tiada pilihan, mereka beri sokongan kepada pembangkang itu saja”, katanya mengakhiri temubual.
sumber blog WANGSA SETIA