Wednesday, July 22, 2009

MUhasabah!!!!

salam PErPaduan...

kerajaan PR di selangor semakin terdesak apabila selalu sahaja membuat kenyataan yg bakal menyusahkan mereka...

mereka selalu sahaja membuat keputusan tanpa memikirkan kehendak rakyat sepenuhnya.bermula dengan kes ladang ternakan BABI di sepang,masukkan kuota bukan bumiputera ke UITM,menuduh kerajaan dan POLIS menganiaya penjenayah rakyat cina sehingga menteri terpaksa memohon maaf dengan kerajaan negara china.apabila di siasat pompuan tu org melayu dengan kes dadah,menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan sendiri oleh khaled gagap,menuduh UMNO memerangkap YB elli dalam kes memalukan tetapi ternyata di lakukan oleh orang mereka sendiri..salahguna kuasa oleh geng2 exco sehingga di tegur oleh mamat azmin ali agar khaled gagap membubarkan exco kerana berlaku ketidak jujuran dalam pentadbiran oleh geng2 kongsi gelap exco selangor...

bende yg sangat2 baru berlaku apabila SPRM meredah/terjah pejabat exco selangor bertindak atas laporan oleh YB mereka sendiri yg mendakwa wujudnya salahguna kuasa oleh exco..rentetan itu SPRM telah memanggil mendiang teoh untuk dtg memberi kenyataan berhubung dengan bukti2 yg di rampas dari pejabat exco berkenaan..siasatan berakhir dengan kematian mendiang teoh yg sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hari tersebut.

apa yg mengejutkan!!

perangai melatah oleh beberapa pemimpin PR selangor konunnya ini adalah konspirasi SPRM untuk membunuh mendiang teoh.logik la..jgn cuba pusing ayat yg pelik2 lagi mengelirukan..
SPRM bertindak atas laporan yg di buat..kenapa harus 'membunuh' saksi kes yg mereka kendalikan??hanya berlaku berhampiran pejabat SPRM makanya SPRM di pertanggungjawabkan??bagaimana kes kematian seorang pelajar UKM yg di jumpai 'mati' kerana terjatuh bangunan??adakah UKM di dapati membunuh pelajar itu???di mana keadilan untuk pelajar ini??untuk keluarga si mati,ade di tubuhkan suruhanjaya ape ntah kejadahnya tak??di mana UKM ni??kenape kerajaan negeri ambil tak endah kes pelajar ni??hanya kerana pelajar itu beragama islam,berbangsa melayu,bukan ahli politik,bukan anak menteri makanya kes itu sewajibnya di lupakan???

kerajaan MALAYsia!!!

kenape harus mengikut telunjuk puak2 pembangkang???sejak2 akhir ni banyak sangat keputusan kerajaan 'ter'lalu berpihak kepada 'suara' pembangkang..kejadian mendiang teoh adalah kes 'mati mengejut' yg bukan luar biasa di negara ini..polis di raja MALAYsia sudah terlalu mahir dengan kes begini.siasat dari segi masa,cctv,perbualan telefon,saksi2 berhampiran,bukti2 dan cap jari di tempat kejadian..jika terdapat kes bunuh,polis hanya perlu mendakwa mereka2 yg terbabit di mahkamah..SPRM dan KERAJAAN MALAYSIA tidak perlu 'gaduh' dengan permainan yg di bawa pembangkang..ini bukan pertama kali mereka men'divert' kes untuk menyalahkan kerajaan..dannnn...ini bukanlah yg terakhir...

suara pembangkang bukanlah suara rakyat sebenar tetapi suara pengecut2 yg sedang menggigil bersembunyi dalam almari bilik tdo masing2..takut kerana salah...mudahkan peribahasa tu..takut di siasat,takut masuk mahkamah,takut dengan undang2,takut dengan hukuman(ISA dan HUDUD),takut dengan akta itu dan akta ini,takut dengan bermacam2 bende dalam perlembagaan..pendek kata mereka hendakkan kebebasan yg tidak terbatas..rosakkk akhlak keturunan umat islam MALAYsia satu hari nanti jika mereka2 ni terus berkuasa...

terus terang ketidakjujuran mereka ini tetapi masih ramai..(bukan majoriti) boleh pecaya kata2 sewel dan tak masuk akal dari mereka2 ni..bukan sahaja kata2 yg munafik tetapi perbuatan mereka juga terang2 bersifat munafik..apa yg pengikut2 fanatik mereka fikir hanyalah inginkan kuasa...apabila sudah berkuasa segala2nya akan di ubah mengikut selera mereka bukan untuk perjuangkan hak rakyat..
lihat sahaja apa yg rakyat negeri selangor perolehi???lesen dan pusat perjudian bertambah berganda2,pusat pelacuran tidak boleh di usik jika tidak meminta izin exco negeri,penyelewengan projek2 kerajaan negeri di bahagi2kan kroni2 dan menyusahkan rakyat..hari2 rakyat mengeluh dan menyesal.tapi..terima je la..tunggu la sampai PRU13..

terlajak perahu boleh di undur..terlajak pangkah..tunggu la 5tahun lagi..tapi tabik tuk kerajaan negeri perak,tak sampai setahun sudah kembali kepada pentadbiran yg lebih jujur..alhamdulillah....

muhasabah la...sesungguhnya tiada kuasa yg mutlak selain kuasa ALLAh.kemenangan di dunia hanyalah bersifat sementara,wajib percaya kekuasangan ALLAh.segala perkara buruk yg di sembunyikan akan ALLAh pertontonkan untuk pengajaran mereka2 yg terkemudian...saya sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan semua...insyaallah hidup kita lebih di berkati..insyaallah.

No comments:

Post a Comment