Tuesday, August 25, 2009

DUN N11 kekal PAS..




salam ramadhan.

sebentar tadi kita telah di beritakan PAS kekal di kerusi DUN N11 permatang pasir.kemenangan ini juga bukan mengejutkan kerana DUN permatang pasir di gemburkan sebagai kubu kuat PAS di mana inilah satu2nya kerusi wakil PAS di pulau pinang.

selepas keputusan diumumkan banyak analisis di buat oleh pelbagai pihak..faktor paling utama yg di kaitkan isu kekalahan BN/UMNO adalah kerana CALON..

saya sengaja tidak mengulas isu dan kempen di Permatang pasir kerana menganggap isu yg di mainkan bukan untuk rakyat..sama ada di pihak BN/UMNO dan juga pihak PAS.kebanyakkannya hanya isu peribadi.ahli2 politik sekarang pula sangat berminat dengan gosip dan lantang bersuara untuk menghangatkan lagi gosip2 yg di gemburkan untuk mempengaruhi pengundi.memalukan.....

memang sangat berbeza kempen yg di jalankan di permatang pasir ini dengan DUN manik urai,kelantan dan juga parlimen kuala terengganu..di permatang pasir hampir tiada isu tempatan di mainkan!!barisan nasional pula sibuk dengan mempertahankan diri saudara rohaizat sehingga tamat tempoh berkempen malam semalam.PAS pula berjaya membuatkan BN mempertahankan diri tanpa berpeluang membawa isu tempatan seperti kempen2 sebelum ini.rohaizat pula sangat2 silap apabila menafikan perkahwinan kedua dan juga gagal berdepan untuk mempertahankan diri sendiri tentang isu guaman sebaliknya bersembunyi di belakang2 otai2 UMNO memberi kenyataan.sebenarnye tak perlu berdolak dalih dengan isu yg di bangkitkan malah wajib berdepan dengan pengundi semasa berkempen dengan mengaku dan menyatakan telah mengambil tindakan untuk selesaikan.

faktor tidak bersedia juga mungkin boleh di terima..BN tidak menyangka yg PAS akan menyerang isu peribadi terlebih dahulu untuk menutup peluang BN ke isu yg sepatutnya di canangkan.memang benar masalah calon begitu memberi kesan kepada setiap pilihanraya kecil yg di adakan.calon juga seorang yg kurang berpengalaman dan kurang memberi sumbangan kepada masyarakat di situ.jgn terlalu ghairah meletakkan calon muda hanya kerana ingin menarik pengundi muda..kontroversi pulak tu..

keputusan ini sebenarnye memberi pengajaran kepada UMNO untuk lebih bersedia di mase akan datang.bersedia dari segi isu tempatan,bersedia dari segi strategi mainan pembangkang,bersedia dari segi kekuatan calon.jangan TIDUR selagi pru13 belum tiba.tiada istilah 'honeymoon' selepas pru12..setiap usaha harus di jalankan berterusan sehingga pru13..
muhasabah diri.....

TAHNIAH KEPADA PAS!!..kerana berjaya kekalkan kerusi permatang pasir..kerusi ini adalah kerusi tunggal PAS di pulau pinang.berjuanglah demi agama dan rakyat bukan untuk memenuhkan poket sendiri..

hikmahnya mungkin ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada pengundi2..kita tidak tahu yg baik atau yg buruk..kita berdoalah untuk kebaikan pengundi2 kawasan permatang pasir.

wallahualam..

6 comments:

  1. Salam bro,

    Itulah sifat-sifat orang Melayu yang masih kekal sejak dari zaman pemerintahan Melaka.......

    ReplyDelete
  2. salam YG..

    sedih tengok bila mana org islam menepuk tangan atas tumbangnya org islam yg lain..sanggup ber takbir untuk orag kafir yg jelas2 menolak islam..

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan,
    Setelah Permatang Pauh, KTrengganu, Manek Urai dan kini Permatang Pasir.. BN perlu buka atau celik mata seluas2nya.. apa kemahuan rakyat? Fakta2 yg pd saya boleh digunapakai, telah saya baca dlm blog, Rakyat Malaysia; hambali1.blogspot.com.

    Terfikir sejenak sekiranya PutraJaya will be next???

    DAN, ingin bkongsi bsama.. masih memikirkan walau pun tidak sehangat PRK Permatang Pasir, penangguhannya hukuman sebatan pada Model Kartika Sari Dewi Shukarno???. 'Tabik spring' kata ank2 muda sekarang, dgn keRedhaanNya mterima hukuman sebatan.. wpun ia bukanlah perkara yg perlu dbanggakan krn ksalahanNya! Menjadi pengajaran kepada semua umat Islam, tetapi biarlah dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.. tdk kira perempuan/lelaki, pangkat atau darjat!..anak Menteri2 atau Timbalan2Nya atau Menteri sekalipun!!!.. DAN yg PALING HAIRAN juga yg mlaung2kan 'Hukum Hudud' suatu ketika dulu, tdk pula tdengar melaksanakan hukumNya sehingga kini??? Maafkan saya sekiranya mungkin saya yg tertinggal, tdk update maklumat yg tkini..

    ReplyDelete
  4. DUNIAku.. SIAPA yang tau?..

    salam saudara..amat benar kenyataan tu..lihatlah betapa banyak lack dalam perundangan syariah kita.
    hukuman telah ada tetapi tindakannya di remeh temehkan...

    yg kunun2 memperjuangkan hukum hudud juga gentar untuk melaksanakannya kerana takut di kecam dunia..

    ReplyDelete
  5. menang kalah janji melayu dibela..jangan menjadi hamba DAP aje

    ReplyDelete
  6. Salam Merdeka,

    Semoga Allah melindungi tanah air kita dari pengkhianat bangsa dan agama.

    Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

    ReplyDelete