Bila aku dengar cerita ni memang menyirap satu badan. Memang sah masa Pak Lah memerintah dia banyak lantik tunggul kayu menguasai UMNO punya bahagian. Ini info yang aku terima apa sebenarnya berlaku kat PR kecil MU. Ketua bahagian Kuala Krai Dato' Ramzi Abdul Rahman secara senyap-senyap membekukan jentera sayap-sayap UMNO bahagian daripada mengambil bahagian dalam PR kecil Manek Urai.
Pada asalnya UMNO Kuala Krai dipimpin oleh Dato' Wan Zaid yang dipilih secara demokrasi oleh perwakilan semasa mesyuarat bahagian. Tetapi bila Pak Lah jadi PM pada tahun 2003, pandai-pandai je dia tolak Dato' Wan Zaid yang dipilih secara demokrasi, dan dipayung terjunkan tunggul kayu si Ramzi. Inilah tanda awal Pak Lah sebenarnya membelakangkan demokrasi dan mementingkan kroni.
Siapa sebenarnya si Ramzi? Dia ni pernah jadi setiausaha politik si Dollah Badawi, dan memang sah Pak Lah punya penjilat dan kroni. Ramzi "dihadiahkan" UMNO Bahagian Kuala Krai oleh Pak Lah mungkin atas dasar terima kasih. Aduh! Eh Tun Dol, nak bagi hadiah biarlah berbatas, ni UMNO Bahagian Kuala Krai jadi mangsa.
Dipendekkan cerita apabila Ramzi memegang Ketua Bahagian Kuala Krai lalu dibawa segala anak buah, anak biji, sahabat dan kroni untuk melobi dapatkan projek kerajaan yang diperuntukkan kepada bahagian. Ini menimbulkan kemarahan ahli akar umbi. Rasa meluat ahli akar umbi tidak dapat dinafikan lagi, dan Ramzi menerima padah pada PRU 2008 apabila beliau kecundang di DUN Dabong.
Untuk memanjangkan survival politik Ramzi mesti mempertahankan jawatan ketua bahagian yang dihadiahkan pada pemilihan bahagian 2008. Demi mendapatkan cukup pencalonan dari cawangan, Ramzi mengugut ketua cawangan supaya beliau dicalonkan, jika tidak no projects maaaann!!! Dipendekkan lagi cerita Ramzi memenangi ketua bahagian tanpa pertandingan setelah mendapat pencalonan cawangan secara ugutan.
Persoalan, kenapa Ramzi sebagai ketua bahagian cuba menikam Tuan Aziz dari belakang. Ramzi sebagai penjilat Pak Lah semestinya mahukan pemuda bahagian memberi pencalonan kepada KJ. Tetapi Tuan Aziz sebagai ahli politik yang berprinsip tidak memihak kepada KJ si pengkhianat, dan pengaruh Tuan Aziz dalam sayap pemuda adalah cukup kuat sekali, sehingga beliau memenangi ketua pemuda bahagian Kuala Krai dengan majoriti yang amat tinggi.
Oleh itu Ramzi melihat Tuan Aziz sebagai bakat politik yang akan mencabar beliau nanti, lebih-lebih lagi jika Tuan Aziz memenangi kerusi MU, Ramzi secara otomatik akan dilayan sebagai tunggul kayu. Tambahan pula Ramzi hilang tempat bergantung sebab Pak Lah dah gone.
Sebelum penamaan calon Ramzi cuba melobi calon pilihannya naib ketua bahagian Encik Jalal, Aduh si Jalal ni dah terlebih umur dan boleh dipanggil atuk je. Ramzi juga cuba lakukan provokasi dengan mencadangkan sayap wanita melobi ketua mereka Kak Ani. Apabila Tuan Aziz dicalonkan, maka timbul rasa iri hati oleh sayap-sayap bahagian disebabkan oleh Ramzi punya perbuatan. Sumber fitnah terhadap Tuan Aziz yang telahpun dijawab oleh rakan saya Mr Singh sebenarnya berpunca dari Ramzi.
Cukup kesian apabila hanya sayap pemuda sahaja membantu Tuan Aziz berkempen tetapi sayap-sayap yang lain hanya bermain wayang. Dengan kekuatan serta jati diri Tuan Aziz dan dibantu oleh Tok Pa serta jentera UMNO pusat, Tuan Aziz berjaya mengurangkan majoriti dari 1352 kepada 65 sahaja. Itu adalah satu kemenangan moral walaupun diboikot oleh jentera bahagian yang hanya bermain wayang. SYABAS TUAN AZIZ.
Kepada sesiapa yang menuduh aku cuba memecahkan UMNO, baca artikel aku dan tolong faham bahawa aku hanya cuba membongkar segala tunggul kayu perosak parti. Oleh itu House PK menyeru kepada DS Najib dan TS Muhyidin bersihkan UMNO dari tunggul kayu yang ditinggalkan oleh Dollah Badawi seperti si Ramzi dan Khairy.
Janganlah mendengar bisikan-bisikan yang mengatakan sekiranya mereka ini ditendang keluar dari UMNO maka UMNO akan menerima kehancuran! Ini sebenarnya bisikan-bisikan dari makhluk pengkhianat yang berada dalam kesempitan!
SUMBer PARPUKARI!!!
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
1 day ago
salam
ReplyDeleteberkata benar walaupun pahit
kami sentiasa menelan segala pahit keadaan/kejadian yg tidak berpihak pada aliran perjuangan...
ReplyDeletetapi pihak sebelah sana langsung tak mahu menerima keburukan diri sendiri sambil menuding pada pihak lain..
salam perjuangan bro DR 1221